Sabtu, 5 Februari 2022

Sabah Dicatat 1,205 Kes Baharu Penyakit Covid-19 Pada Hari Ini

Sabah Dicatat 1,205 Kes Baharu Penyakit Covid-19 Pada Hari Ini

KOTA KINABALU: Sabah telah dicatat peningkatan jangkitan positif Covid-19 sebanyak 1,205 kes baharu pada hari ini berbanding (909) kes yang direkodkan semalam.

Mengikut perkembangan harian Covid-19, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata empat daerah telah mencatatkan tiga angka kes baharu tertinggi iaitu Kota Kinabalu dengan jumlah sebanyak 213, Penampang (113), seterusnya, Tuaran (113), dan Sandakan (230).

Manakala, 13 daerah juga dicatatkan dua angka kes baharu di Kota Marudu sebanyak 74 Kes, Papar (84), Ranau (55), Tawau (52), Lahad Datu (53) dan seterusnya, Kota Belud (33). Selain itu, 9 daerah mencatat kes satu angka sahaja kecuali daerah Kalabakan direkodkan tiada sebarang kes baharu pada hari ini.

Seperti yang diperhatikan, jumlah peratusan yang didapati dalam peningkatan kes baharu adalah sebanyak 43.7 peratus, iaitu 527 Kes daripada kes hari ini. 
“Dijangka jumlah kes harian akan terus melambung naik dalam tempoh terdekat.” Katanya.

Beliau juga berkata terdapat satu kluster baharu yang diisytiharkan pada hari ini, berkaitan dengan jangkitan positif Covid-19 berpunca dalam komuniti daripada menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Lubok dan kampong Menengah, Weston di Beaufort pada 29 dan 30 Januari. 

“Kes Indeks lelaki 66 Tahun yang disahkan positif melalui ujian PCR pada 3 Februari di Klinik Kesihatan Penampang kerana demam, batuk, dan sakit badan sejak 30 Januari yang lalu.” Hal ini demikian, tiga kontak rapat serumah dikesan positif.

Katanya, jumlah kes berkait dengan kluster yang dilaporkan adalah 27 termasuk 22 Kes pada hari ini.  Semua pesakit sudah diasingkan dan akan diberikan rawatan selanjutnya. 

Beliau memaklumkan bahawa kerajaan telah memulakan program vasinasi kanak-kanak dari berumur 5 tahun sehingga 11 tahun kemarin. Sebanyak 30 kanak-kanak menjadi perintis dalam perkara itu. 

-tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...