Ahad, 6 Februari 2022

Tiga blok rumah kongsi musnah terbakar

KENINGAU: Tiga blok rumah kongsi sebuah kilang di Jalan Patikang dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, tiga blok berkenaan membabitkan sebanyak 12 pintu rumah yang musnah keseluruhannya.
Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 pagi.
Katanya, terdapat sebuah rumah pekerja di kawasan berkenaan sempat diselamatkan dari musnah akibat kebakaran.
"Operasi pemadaman menggunakan dua aliran air sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan.
"Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pihaknya berjaya mengawal api pada jam 9.14 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.06 pagi
Sumber utusan Borneo 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...