Isnin, 7 Februari 2022

Menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Sesb

Menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang diserahkan oleh Encik Sabdil Tanjong, Pengurus Besar LIGS kepada Kerajaan Negeri Sabah yang diwakili oleh YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri yang bernilai RM1,317,336 di Menara Kinabalu, hari ini.

Syabas dan tahniah atas komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah dalam membayar dividen. Besar harapan saya agar prestasi ini akan terus dikekalkan dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
Kita juga berbesar hati menerima sumbangan kepada Tabung Bencana Negeri Sabah daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang diwakili oleh YBhg. Datuk Ir Abdul Nasser Bin Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif SESB yang berjumlah RM100,000.00.

Sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan serba sedikit bebanan mereka yang telah terkesan.

#SabahMajuJaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...