Sabtu, 19 Februari 2022

Segala isu warga asing tanpa dokumen akan menetapkan kaedah penyelesaian dalam tempoh 3 Bulan - Jeffery


KOTA KINABALU, DIKEMASKINI: Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffery G Kitingan merangkap Pengerusi Jawatankuasa khas mengenai Pekerja Asing Tanpa Dokumen menyatakan akan  mengumpul segala cadangan dan input untuk mencapai sesuatu yang akan menjadi asas penentuan penyelesaian dalam tempoh tiga bulan. 

Katanya, penyelesaian Pekerja Asing Tanpa Dokumen memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya dalam bahagian perundangan, agensi-agensi penguatkuasa, para majikan, para NGO, pemimpin-pemimpin masyarakat dan ahli-ahli politik dari pihak pembangkang. 

"Saya memerlukan kerjasama dari semua pihak sebab ini adalah masalah Kita bersama dan hanya bukan masalah kerajaan sahaja"

Selain daripada itu, beliau juga amat bersetuju mengenai memberi keutamaan pelaksanaan berdasarkan kepada undang-undang yang sedia ada. Keadaan semasa dan keperluan ekonomi perlu diberi perhatian. Setakat ini data dan maklumat mengenai pekerja asing dan penduduk asing sangat terhad dan berselerak. 

"Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa eksploitasi. Setakat ini, hanya terdapat sedikit data dari sumber-sumber tertentu tidak dikongsikan. Inilah masalah utama kita"

Mengikut dakwaan bahawa kad warga asing yang dicadangkan sama seperti kad PSS, Jeffery berkata dakwaan itu tidak adil kerana kemungkinan besar tidak sama sekali. Proses sedang dilaksanakan dan belum ada lagi kaedah penyelesaian yang ditetapkan. 

"Ada kebaikan untuk mendapatkan banyak cadangan kerana satu masa nanti, perlu ada perbincangan bersama untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik" 

Banyak perkara yang menjadi cabaran tetapi ia bukanlah satu masalah tetapi ia merupakan keprihatinan dari pelbagai pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...