Sabtu, 19 Februari 2022

2,200 pokok ditanam sebagai simbolik Penjagaan Alam Sekitar kepada generasi muda


PUTATAN: Sebanyak 2,200 pokok kayu akan ditanam di Seluruh Malaysia dibawah Program We Be-Leaf Together yang dilaksanakan oleh Belia Prihatin Alam Sekitar di Kampung Muhibbah, Putatan pada hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffery G. Kitingan yang menghadiri program berkenaan, menyatakan menanam kayu bersama anak-anak berumur 4 Sehingga 5 tahun dari Tabika Perpaduan Jumbo adalah simbolik menyatakan mesej kepada Seluruh Dunia, terutamanya generasi muda untuk menjaga alam sekitar demi membantu mengawal atau menurunkan kembali suhu iklim dunia yang biasa. Perubahan cuaca ini telah menyebabkan pelbagai bencana alam terutamanya banjir dan kebakaran luarbiasa sering berlaku di seluruh dunia.

Ia juga merupakan program Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dalam menangani perubahan iklim dunia yang mana semua negara-negara perlu memainkan peranan. 

"Di Malaysia, Kita akan menanam tidak kurang daripada 2200 pokok kayu yang mana setelah ditanam akan menghasilkan penyerapan pencemaran yang tidak kurang daripada 55,000 karbon dioksida setahun" katanya. 

Selain daripada itu juga, pokok yang ditanam itu boleh menghasilkan buah-buahan yang boleh dimakan serta memberi faedah vitamins dan sebagainya. 

Dr. Jeffrey berkata hari ini adalah hari bersejarah kerana Sabah telah dipilih sebagai lokasi permulaan pelaksanaan program tersebut.

Beliau berharap agar media dapat memainkan peranan untuk menyebarkan kesedaran kepada seluruh dunia supaya dapat menyumbang kepada "sustainable development goals" - matlamat Pembangunan mampan dan membina masyarakat sebagai bertanggungjawab dan produktif. 

"Saya berharap media dapat memainkan peranan untuk menyebarkan mesej kepada Dunia bahawa inilah masanya yang mana-mana depan terletak di tangan kita, "We are moving forward to green secular economy"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...