Selasa, 22 Februari 2022

SABAH MENCECAH 4,406 KES BAHARU HARI INI, TERDAPAT SATU KLUSTER PENDIDIKAN DI TONGOD

22 FEBRUARI 2022
KOTA KINABALU: Sabah telah mencecah sebanyak 4,406 (-364) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini. 

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walau bagaimanapun jumlah kes keseluruhan masih tinggi dan beberapa daerah yang selama ini mencatat jumlah jangkitan yang rendah mula mencatatkan pertambahan kes harian. 

Hanya 12 daerah sahaja yang menunjukkan penurunan kes hari ini. 

Berdasarkan dalam laporan itu, Kota Kinabalu masih mempunyai catatan kes tertinggi dengan jumlah 1,077 kes manakala terdapat sembilan daerah dicatat kes tiga angka iaitu Penampang dengan 515 kes, Papar 451 kes, Tuaran 402 kes, Tawau 211 kes, Keningau 192 kes, Beaufort 182 kes, Ranau 154 kes, Kota Belud 153 kes dan Sandakan 151 kes. Selain daripada itu, sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes dua angka. 

Sementara itu, peratusan jangkitan sporadik atau kes bergejala kekal tinggi yakni 62.57% atau 2,757 kes daripada jumlah keseluruhan hari ini. 

Sejumlah 99.34% atau 4,377 daripada 4,406 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lapan kes dalam Kategori 3, 13 kes dalam Kategori 4 dan lapan kes dalam Kategori 5.

“Setakat ini, Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 30,614 kanak-kanak, daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin"

“Sejumlah 472 kes daripada kes keseluruhan hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, dengan 202 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun),” jelasnya.

Masidi juga memaklumkan terdapat satu kluster baharu institusi pendidikan diisytiharkan hari ini di Kluster Kuala Tongod.

“Kluster Kuala Tongod hari ini adalah sebuah kluster yang melibatkan pelajar di dalam asrama SMK Tongod. Kes indeks adalah seorang pelajar lelaki, 18 tahun, warganegara yang dikesan melalui saringan bergejala pada 8 Februari, 2022. Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 67 kes."

Masidi berkata secara keseluruhannya, jumlah kumulatif Kluster ini ialah 68 kes positif setakat 22 Feb 2022. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...