Sabtu, 19 Februari 2022

Polis Marin Berjaya Rampas Minuman Keras Tidak Bercukai.


LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) WP Labuan berjaya merampaskan minuman keras yang tidak bercukai semasa terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan dalam satu operasi di perairan laut Menumbuk Sabah pada jam lebih kurang 11 malam tadi. 

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, ASP Saidul Maruf bin Rosli melaporkan bot tersebut diarahkan berhenti oleh Polis Marin tetapi tidak diendahkan dan terus memecut laju untuk melarikan diri. Apabila polis mengejar bot berkenaan, sejumlah minuman keras yang didapati terapung di permukaan air telah dibuang oleh suspek. Bot tersebut berjaya melarikan diri serta tidak dapat dikesan. 

Berdasarkan pemeriksaan terhadap minuman keras yang dibuang, didapati tidak bercukai dan dipercayai ingin diseludup ke Tanah Besar Sabah. Nilai anggaran rampasan minuman keras termasuk cukai berjumlah RM11,553.70. Kes siasatan ini dibawah kesalahan Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM W4 Sabah di talian 013-9391197.

#syabas #sabahmajujaya #beritaterkini #BeritaSabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...