Jumaat, 18 Februari 2022

5,359 kes baharu di Sabah, Jangkitan Sporadik perlu dibimbangi.


KOTA KINABALU:  Jumlah kes positif Covid-19 Sabah dicatat menurun iaitu 5,359 (-206) kes baharu pada hari ini, tetapi jangkitan sporadik semakin mendadak dalam komuniti menjejaskan kes di beberapa daerah meningkat dan perlu dibimbangi dalam perkara ini. 

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun melaporkan jumlah peratusan kes jangkitan sporadik mengikut daerah adalah Kota Kinabalu dengan sebanyak 62.5%, Penampang 64.1%, Tuaran 56.3%, Putatan 75.5%, Lahad Datu 62.3%, Tawau 73.6% dan Sandakan 83%. Dengan jumlah keseluruhannya, Sabah mencecah sebanyak 61.4% daripada jangkitan berkenaan dan kes dijangka meningkat secara berterusan pada masa akan datang. 

Selain daripada itu, sejumlah 99.66% adalah dalam kategori 1 dan 2. 

Kami menasihatkan bahawa sentiasa mengikut peraturan SOP yang disediakan serta dikemaskini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...