Isnin, 14 Februari 2022

Perdana Menteri Membuat Lawatan Rasmi di Brunei

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bandar Seri Begawan hari ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam, dan dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.⁣
Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang menaiki pesawat dari Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 8.30 malam dan disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Puteri Masna.⁣
Perdana Menteri diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang itu dan kemudiannya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.⁣
📸 Dayana Nabila Shaipul Anuar/BERNAMA⁣

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...