Isnin, 14 Februari 2022

Pemandu Wanita Bertindak Agresif Berjaya Ditangkap Oleh Polis

KOTA KINABALU: Pemandu wanita berumur 35 tahun telah ditahan oleh anggota polis atas memandu kereta curi yang dilaporkan dan bertindak agresif ketika cuba melarikan diri menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan pagi tadi. 

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman menyatakan pihaknya pernah menerima laporan daripada orang awam berkenaan dengan kenderaan yang dicuri sebelum ini. Bertindak atas maklumat, dua kereta peronda MPV Polis Diraja Malaysia PDRM berjaya mengesan lokasi kenderaan di sekitar Tanjung Lipat. 

Dalam kejadian itu, suspek bertindak melarikan diri walaupun diarahkan berhenti menggunakan pembesar suara oleh pasukan polis seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media. 

Beliau berkata anggota trafik telah membantu operasi itu dengan membuat sekatan di simpang masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut dirempuh oleh suspek yang menuju ke Jalan Sepanggar.

 “Suspek juga menggunakan lorong kecemasan selepas jalan berlaku kesesakkan di hadapan lampu isyarat Tebobon, Jalan Sepanggar, Menggatal. Perjalanan suspek menemui jalan buntu selepas tersekat akibat terlalu banyak kereta sehingga tidak dapat bergerak di kawasan tersebut,” katanya.   

Suspek bertindak nekad dengan mengundurkan keretanya dengan laju supaya dapat melarikan diri yang mengakibatkan anggota polis cedera di bahagian tangan selepas dilanggar olehnya. Oleh kerana itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta bagi mengelakkan suspek terus bertindak agresif dan melindungi diri.

Hasil tembakan itu telah membuat kereta yang dipandu tidak dapat bergerak dan anggota polis bertindak dengan memecahkan tingkap sebelah kiri dan berjaya menahan suspek tersebut.

Suspek telah berjaya ditahan oleh anggota polis dan akan dibawa ke siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

-Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...