Jumaat, 18 Februari 2022

MUIS salur sumbangan RM176,000 kepada mangsa kebakaran

KOTA KINABALU : Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) dalam bahagian Zakat dan Fitrah telah memberi sumbangan khas bernilai RM176,000 kepada mangsa kebakaran dari Kampung Landung Ayang, Kudat. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, En. Ramlan Awang Ali kepada PPM Tanjung Kapor, Puan Norliza Datuk Hj Gurahman. 

Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif menyatakan bahawa syarikat dan individu yang menunaikan hak zakat kepada MUIS termasuk dalam sumbangan yang berkenaan.

Selain daripada itu, beberapa agensi agama yang lain seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM), Baitulmal, Lembaga Tabung Haji (TH), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dll (YAPEIM) akan bergabung padu untuk mencari jalan bagi meringankan bebanan mangsa kebakaran di Kudat. 

Beliau berharap agar dapat meringankan bebanan kepada 176 buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...