Jumaat, 18 Februari 2022

Kewangan negara tak semolek digambarkan, kata Muhyiddin

Kewangan negara tak semolek digambarkan, kata Muhyiddin

Satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita, kata Muhyiddin Yassin yang juga bekas perdana menteri.


PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak menolak akan mendedahkan kedudukan kewangan negara yang didakwa “tidak semolek” seperti digambarkan.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata sekiranya mandat diberikan kepada Barisan Nasional (BN) sekali lagi, beliau tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara yang sudah dirosakkan

“Nak pulihkan negara yang telah dirosakkan. Saya semalam minta satu laporan untuk sampaikan pada saya oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul (Abdul) Aziz.

“Nanti, satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran PN Johor yang disiarkan di laman Facebooknya.

Muhyiddin juga menambah, berapa lama lagi negara boleh bertahan dengan hasil yang dikutip setiap tahun.

Beliau mempersoalkan sama ada hasil negara itu cukup untuk menampung pembayaran gaji, termasuk pembangunan negara.

“Berapa lama lagi kita boleh bertahan. Banyak mana hasil negara kita kutip tiap-tiap tahun cukup untuk menampung pembayaran gaji dan pembangunan negara.

“Apa wang yang ada untuk membiayai bayaran pencen-pencen yang banyak. Saya cakap setakat itu sahaja kerana saya faham situasi negara tak semolek digambarkan. Itu cabaran besar,” katanya.

Muhyiddin berkata, sekiranya di peringkat nasional sudah bermasalah, beliau tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Beliau menyarankan rakyat Johor memilih PN dan beranggapan BN dan Umno sudah berlalu di Johor.

Katanya, juga istilah Umno-BN sebagai kubu kuat di Johor tidak boleh dipakai lagi kerana rakyat telah menolak parti itu, pada PRU14.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PN, Hadi Awang berkata, rakyat Johor perlu berani membuat perubahan seperti di Sabah.

Beliau mengingatkan juga kepada anak muda tidak termakan umpan DAP yang disifatkan sebagai parti ekstrem.

Katanya, parti MUDA merupakan anak kepada DAP.

“MUDA anak DAP. Ingat jangan makan umpan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...