Rabu, 9 Februari 2022

LELAKI DIPENJARA 6-BULAN BUAT LAPORAN PALSU KEMASUKAN SEKUMPULAN LELAKI BERPAKAIAN CELORENG, BERSENJATA

LAHAD DATU; 09 FEBRUARI 2022 (Rabu) – Seorang lelaki warga asing dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat laporan palsu berkaitan kemasukan sekumpulan lelaki berpakaian celoreng dan bersenjata di Long Patau Tambisan, Lahad Datu. 

Tertuduh Ben Jalan, berumur 42-tahun yang bekerja sebagai penyabit kelapa sawit membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ryan Sagirann Ryner Jr. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Desa Kencana pukul 7.45-malam pada Khamis lepas mengikut  Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga Dua Ribu Ringgit jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen. 

Majistret Ryan Sagirann Ryner Jr selepas mempertimbangkan rayuan Dan hujah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara kepada tertuduh kerana membuat laporan palsu untuk kepentingan peribadi selain boleh menyebabkan ketakutan kepada orang awam terutama warga Lahad Datu atas insiden Tanduo sebelum ini. 

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan dibuat dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

#BeritaSabahan

#kitajagakita
#SabahMajuJaya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...