Rabu, 9 Februari 2022

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (BAHAGIAN ZAKAT DAN FITRAH) KE ATAS PESURUHJAYA POLIS SABAH SERTA TAKLIMAT ZAKAT NEGERI SABAH

Kota Kinabalu, 09 Februari 2022 - Tuan Wan Mohd Zaki bin Wan Yaacob, Ketua Sektor Pungutan Bahagian Zakat dan Fitrah, (MUIS) Sabah beserta rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH CP Dato' Idris bin Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sabah, sekitar jam 10.30 pagi bertempat di Pejabat Pesuruhjaya Polis Sabah, Tingkat 4 IPK Sabah.

Seterusnya, sesi taklimat telah diadakan di Bilik Persidangan Tingkat 5, IPK Sabah dan disampaikan oleh Tuan Wan Mohd Zaki, (MUIS) Sabah berkenaan arahan dan kebenaran semasa daripada pihak pengurusan PDRM Sabah bagi perancangan pemotongan zakat pengajian berjadual serta mendapat maklumat lanjut tentang potongan zakat berjadual yang dikendalikan oleh Bahagian Zakat & Fitrah MUIS. 

Turut hadir semasa taklimat ini, YDH DCP Datuk Jauteh Bin Dikun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH SAC Datuk Zabidi Bin Md Zain, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, YDH SAC Datuk Mohd Salleh Bin Yahya, Ketua Cawangan Khas Sabah, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Sabah, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan IPK Sabah dan Pegawai- Pegawai Zakat (MUIS) Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...