Khamis, 10 Februari 2022

Kehadiran sekumpulan gajah di kawasan perumahan pekerja ladang di ladang kelapa sawit Dumpas dekat jalan

 TAWAU – Kehadiran sekumpulan gajah di kawasan perumahan pekerja ladang di ladang kelapa sawit Dumpas dekat jalan Kalabakan-Tawau petang semalam dianggap perkara biasa oleh penduduk di kawasan tersebut.

Pengurus Ladang Dumpas Mohd Rahmat berkata gajah itu berkeliaran masuk kira-kira pukul 2 petang dan dipercayai untuk mencari makanan.

Namun, katanya,  bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku pasukan pemantau gajah Dumpas bersama anggota Jabatan Hidupan Liar telah menghalau keluar gajah tersebut ke kawasan hutan berdekatan.

“Kumpulan gajah ini kerap dikesan berkeliaran di beberapa kawasan ladang dan pihak kami memantau rapi kehadiran haiwan liar terbabit dengan membuat rondaan setiap waktu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, setakat semalam dilaporkan tiada kejadian kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran kehadiran gajah tersebut

#BeritaSabahan

#BERITASABAHAN1 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...