Khamis, 10 Februari 2022

Center Point Sabah Mengadakan "Romantic Recherche Gala" sempena Valentine's Day

KOTA KINABALU: Pusat Beli Belah Center Point Sabah Mengadakan aktiviti iaitu "Romantic Recherche Gala" untuk mempromosikan jualan usahawan tempatan sempena Valentine's day ini. 

Menurut Ketua Bahagian Pemasaran Acara Center Point, Dymna Micheal berkata tujuan ini untuk memperkenalkan kepada orang ramai bahawa pelbagai barangan istimewa yang ditawarkan oleh Pusat Belih Belah. Tambahan pula, sesetengah jualan tempatan akan menawarkan pelbagai hadiah dan makanan kepada pelanggan. 

Beliau juga berkata acara ini telah bermula sejak 8 Februari lalu dan berlangsung Sehingga 14 Februari depan pada jam 12 tengahari di tingkat 4, Palm Square. Sebanyak 16 gerai daripada usahawan tempatan telah menyertai program berkenaan. 

Selain daripada itu, pelbagai aktiviti yang boleh diikuti seperti permainan serta hadiah yang boleh dimenangi kepada para pelanggan yang bertuah. Acara ini ditaja oleh KK Galaxy Bowl, Alex Printing, The Brownice KK, Mad About Gifts dan Sarkit Entertainment.

Katanya, sejak pandemik Covid-19 berlaku, Salah satu objektif utama  Centre Point Sabah adalah untuk memberi peluang dan sokongan kepada perniagaan tempatan, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk akibat wabak itu. Perkara ini penting untuk menyokong pengusaha tempatan pada setiap masa. 

Pengurusan pusat membeli-belah berharap agar dapat membantu PKS dalam mempromosikan perniagaan mereka serta meningkatkan hasil jualan mereka. 

Seterusnya, pengunjung boleh mengikut permainan Karnival Mini dengan pembelian minimum RM20 dalam bentuk resit tunggal ataupun gabungan di gerai vendor tempatan, menulis nota cinta serta menikmati persembahan akustik secara langsung. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Centre Point Sabah Shopping Mall atau hubungi Cik Wenda di talian 088-246900.

-Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...