Isnin, 27 Februari 2023

ADUN Petagas umum keluar WARISAN, sertai Gagasan Rakyat

KELUAR WARISAN: Ahmad Sah (kanan) bersama kepimpinan dan ahli WARISAN Bahagian Putatan mengumumkan keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Awang Ahmad Sah Sahari mengumumkan keluar Parti Warisan (WARISAN) bersama hampir keseluruhan barisan kepimpinan dan ahli dari 90 cawangan parti berkenaan di Putatan.

Keputusan yang dibuat mantan Ketua Bahagian WARISAN Putatan yang juga Bendahari Agung WARISAN Pusat itu sekali gus disifatkan sebagai menjatuhkan WARISAN Bahagian Putatan.

Beliau bersama hampir kesemua kepimpinan dan ahli WARISAN peringkat bahagian dan cawangan Putatan turut memutuskan untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). 

Pihaknya sebulat suara menyatakan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat.

"Saya memikirkan perkara ini selama tiga bulan selepas pilihan raya umum (PRU) yang lepas dan banyak membuat perbincangan dalam kalangan rakan kepimpinan parti.

"Keputusan dibuat tanpa sedikit keraguan kerana ini bukan saya sahaja keluar WARISAN dan boleh disifatkan keseluruhan pimpinan bahagian, Wanita, Wira, dan Wirawati sebulat suara menyokong perpindahan kepada Gagasan Rakyat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Sah turut menjelaskan mengenai pertemuannya bersama Hajiji sebelum ini yang berkaitan dengan perbincangan mengenai perancangan pembangunan untuk kawasan Petagas.

Beliau turut menyerahkan kepada Ketua Menteri untuk memutuskan dari segi konteks kepimpinan Gagasan Rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas dan Tanjung Aru.

"Saya terbuka untuk bekerjasama dan berganding bahu untuk memastikan matlamat membantu rakyat dapat direalisasikan dalam tempoh dua tahun setengah lagi.

"Apa yang penting, mulai hari ini kita bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan rakyat dapat dibantu dan dibela," katanya.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020, Ahmad Sah adalah ADUN dari WARISAN yang ke-10 mengumumkan keluar parti setakat ini.

Rizallimat 

wartawan lokasi 

Khamis, 16 Februari 2023

Rizal Limat, 37, berkata, masalah berkenaan bukan saja menjejaskan kehidupan seharian mereka, malah turut memberi kesan kepada operasi harian salah sebuah sekolah di situ.

Rizal Limat, 37, berkata, masalah berkenaan bukan saja menjejaskan kehidupan seharian mereka, malah turut memberi kesan kepada operasi harian berapa sebuah sekolah di situ.
“Kami beberapa kali mengadu kepada JANS, namun sehingga kini belum ada penyelesaian dilakukan, apa yang kami dapat hanyalah alasan demi alasan yang diberikan.

“Penduduk di sekitar kawasan Sepanggar dan karambuani  begitu menderita, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber air, termasuklah turun ke sungai untuk mengangkat air,” katanya.

Rizal berkata, antara alasan yang diberikan pihak JANS sebelum ini termasuk pam air rosak, tiada tangki dan kekurangan bekalan air di kawasan Sepanggar.

“Memang kita faham, pembangunan di Sepanggar ini begitu pesat dengan wujudnya banyak perumahan-perumahan dan mungkin juga bekalan air berkurangan.

“Tetapi sampai bila masalah ini terus berlarutan? Sebelum ini tidak jadi sampai macam ini, kenapa sekarang ianya semakin teruk?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada pihak berkaitan termasuklah kerajaan negeri supaya mengambil perhatia

SEJARAH AWAL KG.NUMBAK.

SEJARAH AWAL
KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL,

KOTA KINABALU, SABAH.

.PEMBUKAAN KAMPUNG NUMBAK

Sejarah awal pembukaan kampung Numbak, Maanggatal
bermula dari era 1940an sebelum pendudukan Jepun di Tanah
Melayu.

Kampung Numbak asalnya terbahagi kepada dua buah kampung
yang terpisah oleh sebuah bukit iaitu Kampung Selembangun.

Pembukaan kedua – dua kampung ini dilakukan oleh dua
kelompok masyarakat yang berbeza.

Kampung Numbak,Manggatal telah dibuka mengikut sejarah
awalnya oleh beberapa orang penduduk yang berpindah dan
meneroka tempat ini dan membukanya sebagai sebuah
perkampungan nelayan yang bersaiz keclL.

Antara penduduk yang terlibat membuka kampung Numbak pada
era tahun 1940an ini adalah;

1. OT Juaran Bin Diki
2. Hj.Abdullah Bin Duyun
3. Hj.Sain Bin Bakar
4. Hj.Mandaut Bin Sait
5. Ajam Bin Hj.Abdullah
6. Safar Silong

Kampung Selembangun pula pada masa itu telah diteroka
sebagai perkampungan oleh;

1. Tn. Duali
2. Moon Bin Diakum
3. Endom Bin Duali
4. Jerman Bin Duali
5. Amin Bin Duali.

Berdasarkan nama-nama ini jelas bahawa pembukaan kedua-
dua kampung ini telah dibuat melalui satu pakatan kekeluargaan.

Madas dan selainnya kurang jelas penempatan awal mereka.

Kedua-dua kampung ini pada masa itu tidaklah sampai
penduduknya 60 orang sehinggalah kampung ini merentas masa
dan waktu yang agak lama untuk berkembang. Sejak awal
pembukaannya, kedua-dua kampung ini sentiasa mengamalkan
permuafakatan yang erat dan sering seiring menjalankan aktiviti
kebudayaan dan keagamaan secara bersama kerana antaranya
mereka mempunyai pertalian persaudaraan yang sangat rapat.

PEKERJAAN PENDUDUK.
Sejak pembukaan kedua-dua kampung ini, masyarakat atau
penduduknya bergantung harap pada pekerjaan sebagai
nelayan dan serba sedikit bercucuk tanam.Hasil tangkapan ini lah
yang menjadi pertaruhan untuk menyara keluarga. Mereka pada
masa itu menggunakan perahu tan enjin sangkut dan hanya
menggunakan pendayung untuk meredah lautan. Pekerjaan ini
masih menjadi sumber kehidupan utama mereka sehngga ke hari
ini walaupun sudah banyak mengalami pembaharuan cara
penangkapan ikan. Namun begitu, kedua-dua kampung ini
mengalami perubahan yang amat besar sejak 80 tahun yang lalu.

PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMPUNG NUMBAK
SEJAK AWAL PEMBUKAANNYA.

Antara pemimpin-pemimpin Kampung Numbak sejak awal
pembukaannya sehingga kini adalah seperti berikut;

Senarai pemimpin Ketua Kampung.

1. KK OT Juaran Bin Diki
2. KK Jaafar Bin Hj. Tali
3. KK Yaakub Bin Hj.Mandaut
4. KK Sainih Bin Ajam
5. KK Aliatab Bin Hj. Sain
6. KK Yuseri Bin Lamyah

Senarai pemimpin Imam.

1. Imam Hj. Tali Bin Sait
2. Imam Hj.Sain Bin Bakar
3. Imam Minin Bin Buali
4. Imam Jimat Bin Hj.Mandaut.

PENGIKTIRAFAN KAMPUNG NUMBAK
SEBAGAI TANAH RIZAB ANAK NEGERI
KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL, KOTA KINABALU.

Zaman semakin berubah, pemimpin silih berganti. Namun
kesedaran untuk memilik Tanah Perkampungan sendiri terus

diperjuangkan oleh para pemimpin terdahulu sehingga kini.
Mereka sedar hak anak kampung mereka supaya tidak tertindas
dimasa akan datang oleh arus pembangunan dan kepelbagaian
masalah yang tidak terduga.

Pemimpin -peminpin lama sejak zaman lampau yang bermula
sejak tahun 1960an lagi sudah mula mengerakkan satu proses
permohonan pemilikan tanah kampung sebagai Tanah Rizab Anak
Negeri Kampung Numbak. Sebelum permohonan ini berjaya pada
22 mac 2017 melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah dan warta inilah
yang menjadi titik tolak untuk mengabungkan kampung
Selembangun dan kampung Numbak sebagai satu kampung iaitu
kampung Numbak,Manggatal. Kampung ini telah mengalami dua
proses perubahan yang amat besar.

Pertama :
Lebih kurang pada tahun 1981, Ko-Nelayan telah membina
perumahan di Kampung ini sebanyak dua fasa. Fasa pertama

Kedua :
Pada tahun 2003, sekali lagi Kampung Numbak dilanda dengan
pembinaan rumah untuk perpindahan penduduk Kampung
Sabang dimana sebahagian rumah pemindahan itu berada
dalam Tanah Rizab Kampung Numbak. Situasi ini semakin tidak
sihat kerana kemasukkan masyarakat luar yang tidak dikenali turut
tinggal di Kawasan ini. Kedua-dua era ini banyak merubah
landskap kampung Numbak dan Selembangun.

JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL.

Anggaran jumlah penduduk asal Kampung Numbak.
Jumlah : 576 Orang.
Bangsa : Bajau Samah ( Penduduk asal)

Anggaran jumlah penduduk luar di Kampung Numbak.

Jumlah : 154 Orang
Bangsa : Kagayan dan lain-lain.

ISU-ISU SEMASA KAMPUNG NUMBAK,MANGGATAL.

Kampung ini tidak terlepas dari pelbagai isu negative apabila
penduduk luar semakin tidak terkawal masuk ke kampung ini.
Kesan-kesan sosia; yang kurang sihat terus menjadi masalah besar
bagi masayarakat kampung dan para belia dan beliawanis
kampung ini.

Mereka-mereka ini semakin rakus membina rumah-rumah mereka
tanpa mengindahkan peraturan dan undang-undang pihak
berkuasa. Pencerobohan tanah Rizab malah tanah perkuburan
juga diceroboh.

PENUTUP:

Semoga sejarah ringkas pembukaan kampung

Numbak,Manggatal ini dapat memberikan serba sedikit

gambaran perjuangan nenek moyang kita yang perlu dihargai.

Terima kasih banyak kepada mereka semua semoga Allah SWT.

memberikan ganjaran pahala yang sewajarnya.

Disediakan Oleh,

BASRAN BIN SAIN

Setiausaha Tanah Rizab,
Kampung Numbak,Manggatal.

LAMPIRAN

LAMPIRAN

LAMPIRAN
Sebahagian rumah penduduk asal Kampung Numbak,Manggatal.

Sebahagian rumah penduduk asal Kampung Numbak,Manggatal.

Yang di tulis oleh Rizal Limat 

Kurang 10 rumah ada meter sah, selebihnya 'pancing' elektrik

Gambar sinar harian 
KOTA KINABALU – Kurang 10 daripada 1,000 rumah yang ada di Kampung Numbak dikenal pasti mempunyai meter yang sah, manakala selebihnya mendapatkan bekalan elektrik secara haram menerusi teknik 'pancing' dari kabel elektrik di sekitar Kampung Numbak di sini.

Perkara itu didedahkan oleh Pengurus Besar Pembahagian Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Addie Ahmad menerusi operasi membanteras sambungan haram elektrik yang dilakukan di kampung berkenaan pada Khamis.

IKLAN

Menurut Addie, Kampung Numbak antara kawasan setinggan dikenal pasti paling banyak berlakunya aktiviti penyambungan haram bagi penduduk mendapatkan bekalan elektrik secara tidak sah.

“Setiap kali kami datang, sama saja dan ia bergantung berapa ramai penduduk atau rumah yang ada. Jika bertambah rumah, bertambahlah pendawaian secara haram.

“Kalau di kampung ini, rata-ratanya menggunakan teknik 'pancing' dan mereka sanggup menggadai nyawa dengan memotong kulit dawai sebelum disangkutkan kepada kabel elektrik utama.

“Hasil siasatan kami, jumlah penduduk mempunyai meter yang sah kurang daripada 10 daripada 1,000 rumah,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini pada Khamis.

Beliau turut mendedahkan bahawa selain di kampung berkenaan terdapat sebanyak 193 kawasan setinggan di seluruh Sabah yang melakukan penyambungan elektrik haram.

“Kami anggarkan sebanyak 31,000 jumlah rumah yang kita anggap setinggan dan kita anggarkan kerugian setiap tahun sebanyak RM20 juta di mana ia adalah satu jumlah yang agak besar dan ia bukan saja merugikan SESB tetapi juga kepada kerajaan.

“Ia juga tidak adil bagi kita yang membayar bil elektrik sedangkan mereka mengambil kesempatan mendapatkan bekalan secara tidak sah dan tidak selamat serta salah,” katanya.

Mengulas lanjut, Addie berkata, operasi itu diadakan bagi membanteras kegiatan penyambungan haram yang dilihat membahayakan penduduk termasuk risiko kebakaran dan juga kemalangan maut.

“Penyambungan haram ini boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas kerana bebanan lampau di rumah dan akhirnya menyebabkan kebakaran.

“Selain itu juga, ia boleh menyebabkan kemalangan maut apabila seseorang tanpa sedar tersentuh dawai daripada sambungan yang tidak betul terutama yang tidak bersalut dan menurut rekod sejak 2016 terdapat kita mencatat tujuh kes kemalangan maut melibatkan orang awam.

“Dalam masa sama, operasi ini turut member manfaat kepada pengguna yang membuat pembayaran bil di mana kes kehilangan sistem adalah sangat tinggi buat masa ini di seluruh Sabah,” katanya.

Sabtu, 11 Februari 2023

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

LAHAD DATU : Sebuah kem Tentera Darat Malaysia (TDM) akan dibina di Felda Sahabat, Lahad Datu dengan kos RM646.15 juta dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memindahkan satu batalion infantri dan Briged Ke-13 Infantri sebagai usaha meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan TDM menangani ancaman semasa, sekali gus mengukuhkan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah.

“Rancangan kita untuk membina satu lagi briged di medan timur dan kita akan membina satu lagi kem baharu. Sekarang ada dua briged, dengan tiga briged lengkap untuk satu divisyen beroperasi,” katanya selepas mengakhiri lawatan ke Pantai Timur Sabah hari ini.

Mohamad berkata, usaha berterusan membina kesepakatan dalaman, peningkatan kesiagaan serta pengukuhan kerjasama pertahanan antara warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penduduk tempatan dilakukan secara menyeluruh serta mampan.

Menurutnya, dengan adanya pos dan kawalan tentera serta kem baharu dilengkapi pelbagai kemudahan di kawasan itu, dapat memberikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada ATM serta negara.

Beliau turut meninjau Pos Kampung Tanduo, yang diwujudkan susulan pencerobohan pengganas 10 tahun lepas bagi memastikan usaha kerajaan memantau anasir jahat, khususnya insiden Tanduo tidak berulang.

“Melihatkan kemudahan dan fasiliti di Pos Kampung Tanduo ini, konsep pertahanan komprehensif melibatkan penyertaan kerajaan dan masyarakat dapat direalisasikan.”

Beliau turut meninjau pos di Pulau Berhala, termasuk Sekolah 3M (membaca, menulis dan mengira), yang merupakan inisiatif ATM menerusi Projek Jiwa Murni sejak 2009, selain ke pos di Pulau Jambongan sebelum ke Sandakan untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, katanya, TDM akan menghantar 60 anggota ke Turki dalam beberapa hari lagi atas permintaan negara itu bagi membantu operasi mencari dan menyelamat, susulan gempa kuat empat hari lalu. – BERNAMA

Sambutan Pesta Tahun Baru Cina Foh

Sambutan Pesta Tahun Baru Cina Foh Sang yang luar biasa. Harini beribu masyarakat datang untuk meriahkan Pesta Tahun Baru Cina Foh Sang.  Dengan cuaca yg tidak diizinkan minggu lalu telah ditundakan ke harini... 
Unit pemimpin pembangunan masyarakat Luyang berjaya menganjurkan pesta Tahun Baru Cina dengan sambutan beribu penduduk menyaksikan tarian singa, tarian tahun baru cina, lagu tahun baru cina dan telah dihadiri oleh tetamu kehormat YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Pengarah UPPM Ybg Datuk Awang Kadin dan pemimpin-Pemimpin lain lagi...

Isnin, 6 Februari 2023

Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji

TIGA ADUN WARISAN UMUM KELUAR PARTI 060203 Ketiga-tiga memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji.

"Tiga ADUN berkenaan ialah Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi); Chong Chen Bin (Tanjong Kapor); serta Norazlina Arif (Kunak).
Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga mereka memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

"Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuk selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan kami wakili...

"... kami menyatakan sokongan kepada Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah dengan harapan kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili," kata mereka dalam kenyataan berkenaan.
Selari dengan keputusan berkenaan, ketiga-tiga ADUN tersebut turut melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi.

Mereka juga berpandangan sudah tiba masanya polemik politik dan sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan.

Ini kerana, mereka berkata perkara itu memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

"Kami akan bekerja bersama-sama Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya.
"Kami juga bertekad untuk terus memberi tumpuan dan perkhidmatan yong lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khasnya dan negeri Sabah serta Malaysia amnya," kata mereka.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah lalu, Mohammad menang dengan undi 1,773; Chen Bin (7,206); manakala Norazlina (3,861).
Warisan menang 29 kerusi DUN pada pilihan raya berkenaan.
Borneoonlinemedia 
BERITA SABAHAN 

Ahad, 5 Februari 2023

Letupan Kuat Selamat Empat Beranak daripada kebakaran

Kota Kinabalu bunyi letupan Kuat mengejutkan Herianto lapance. 34
Seterusnya menyelamatkan isteri dan dua anaknya dari pada mangsa kebakaran membabitkan enam buah rumah yang musnah terbakar di kampung sepakat Jaya jalan Sepanggar disini pagi tadi
Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 pagi itu seorang anggota bomba dikejarkan ke Hospital selapas mengalami sesak nafas namun kadang stabil manakala seorang penduduk Cedera dan diberi Rawatan awal oleh pasukan penyelamat
Menceritakan kejadian kebakaran itu
Herianto berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang tidur di dalam bilik manakala isterinya dan dua anaknya berumur 4 dan 6 tahun berada diruang tamu Rumah 

"Saya terjaga sebaik  terdengar letupan Kuat lalu keluar daripada bilik dan melihat bumbung rumah berasap

Selapas itu, saya terus mendapkp anak-anak dan isteri lalu keluar dari rumah dan sempat menyelamatkan dokumen penting katanya ketika ditumui di lokasi kejadian
Hari ini 
Katanya, api marak dengan begitu cepat tanpa sempat menyelamatkan harta benda
Tiada apa yang dapat diselamatkan haya pakaian yang saya pakai saja yang tinggal
Semuanya musnah.
Saya terpaksa menumpang dirumah saudara mara buat sementara waktu katanya

Sementara itu ketua balai bomba dan penyelamat BBP Agustavia Joe Guasi
Berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06pagi 
Katanya, seramai 20 pegawai dan anggota dari BBP lintas dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian
'kebakaran membabitkan enam buah rumah yang musnah dan operasi pemadaman menggunakan aliran dari pada sumber air jentera
Terdapat seorang anggota ke Hospital selapas mengalami sesak nafas ketika operasi pemadaman dijalankan "
Katanya ketika ditumui di lokasi kejadian
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 9. 16 pagi
" Anggota bomba berjaya mengawal api
Daripada terus merebak dan menyelamatkan lebih 50 buah rumah Daripada kebakaran
Anggarkan kerugian dan punca kebakaran masih disiasat" katanya
Operasi pemadaman turut dibantu polis diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Electricity Sdn Bhd (SESB)
Berita Sabahan 
RizalLimat 

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...