Sabtu, 7 Januari 2023

TIADA sebab konkrit tumbangkan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri, demikian ulasan ADUN Tanjung Keramat merangkap Ahli Parlimen Putatan yang juga salah seorang anggota kabinet kerajaan Negeri Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya.

TIADA sebab konkrit tumbangkan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri, demikian ulasan ADUN Tanjung Keramat merangkap Ahli Parlimen Putatan yang juga salah seorang anggota kabinet kerajaan Negeri Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Kerajaan yang dipimpin Hajiji, walaupun hanya berumur kurang daripada 2 tahun setengah, mewarisi ekonomi negeri yang merudum serta kesan pandemik Covid-19, akan tetapi berjaya memulihkan perekonominan negeri daripada negatif kepada positif, selain peningkatan kutipan hasil negeri Year to Year yang terus meningkat, umpamanya pada tahun 2022, julung kali kutipan hasil melepasi angka RM6bilion, iaitu RM6.6bilion.

Selain itu jumlah pelaburan dalam negeri terus meningkat, setakat ini telah melepasi angka RM30 bilion, iaitu RM33 bilion.

Kejayaan lain, adalah persetujuan bayaran geran Persekutuan kepada negeri yang meningkat 2 setengah kali ganda daripada lebih sedikit daripada RM56 juta ke RM125juta.

Juga keputasan Petronas menyerahkan kawal selia gas (daratan) kepada negeri juga salah satu kejayaan dan pencapaian Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Hajiji.

Yang paling mengembirakan negeri adalah keputusan Kerajaan Persekutuan memberikan kuasa peruntukan Persekutuan kepada negeri untuk melaksanakan projek-projek di bawah RM50 juta, yang sejak sekian lama perlu kelulusan Putrajaya.

Memandangkan kemampuan, kebolehan dan pencapaian Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Hajiji, adalah tidak tepat atau tidak sesuai untuk menukarnya, hanya semata-mata untuk menukar dengan menggantikan dengan pemimpin lain,, atas sebab itu sebarang gerakan menggulingkan Ketua Menteri adalah tindakan yang tidak wajar  disokong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...