Jumaat, 13 Januari 2023

Kebakaran Pasar Raya Bataras Hypermarket Rampayan Menggatal

[KEMASKINI - 8.00 Pagi, 13.1.2023]
KEBAKARAN BATARAS HYPERMARKET DI JALAN RAMPAYAN, MENGGATAL

KOTA KINABALU, 13.1.2023: Pada jam 10.39 pagi (12.1.2023), JBPM Negeri Sabah dikejutkan dengan 1 panggilan kebakaran yang berlaku di salah sebuah pasaraya terkemuka di Sabah iaitu Bataras Hypermarket di Jalan Rampayan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

Kemaskini maklumat terkini kejadian sehingga pagi ini, kebakaran tersebut melibatkan 4 buah premis bangunan jenis separuh kekal berukuran 350x500 kaki persegi keseluruhan kawasan kebakaran.

Bagi bangunan Bataras Hypermarket telah terbakar 80%, bangunan Sunshine Furniture terbakar 100%, bangunan New Tech Furniture terbakar 5% dan kuarters pekerja serta kontena penyimpanan barang milik Syarikat Perkapalan dan Penghantaran Cahaya Bakti Sdn.Bhd. terbakar 100%.

Operasi pemadaman kebakaran dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor pertama, 4 aliran 600 kaki 5 pancutan sumber air daripada water tanker. Sektor kedua, 1 aliran 200 kaki 2 pancutan sumber air daripada tangki jentera dan sektor ketiga, 1 aliran 300 kaki 1 pancutan sumber air daripada pili bomba berhampiran. 

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat setakat ini. Operasi terkawal pada jam 12.10 tengah hari (12.1.2023). Kerja-kerja 'overhaul' yang dijalankan sehingga awal pagi tadi, telah ditangguhkan pada jam 2.20 pagi (13.1.2023).

Operasi pemadaman pada hari ke-2 (13.1.2023) telah bermula pada jam 6.41 pagi ini. Pasukan Bomba telah bersiap sedia di lokasi kejadian untuk menyambung semula kerja-kerja overhaul. Operasi ini juga turut disertai oleh Unit Dron JBPM bagi membuat pemantauan melalui udara. 

Agensi lain yang turut berada di lokasi bagi membantu kawalan keselamatan di lokasi kebakaran adalah Pasukan RELA serta APM selain PDRM, SESB dan JBA.Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Laporan asal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=528006896092794&id=100066504644681&mibextid=Nif5oz

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah 
PGO BOMBA SABAH 

#Kebakaran
#Bataras
#Menggatal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...