Sabtu, 14 Januari 2023

Beri ruang saya tadbir Sabah, kata Hajiji

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata perkara menjadi keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah kemajuan dan kebajikan rakyat. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor meminta semua pihak memberi ruang kepadanya memimpin kerajaan negeri bagi membolehkan agenda pembangunan yang dirancang sebelum ini dapat diteruskan demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.

Beliau berkata, antaranya termasuk pelan pembangunan Hala Tuju Sabah MPerkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah kemajuan dan kebajikan rakyat Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-2 Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Rabu lalu Hajiji mengumumkan rombakan Jemaah Menteri Sabah yang menyaksikan beliau melepaskan jawatan menteri kewangan negeri kepada Masidi Manjun, dan tidak memegang sebarang portfolio lain.

Jemaah Menteri Sabah yang dilantik itu terdiri daripada tujuh ahli daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dua daripada Barisan Nasional (BN) dan dua lagi daripada Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut berkenaan rombakan berkenaan, Hajiji berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan ia dilakukan demi kebaikan Sabah.

Sementara itu, beliau yang juga canselor UCSF berkata kolej universiti tunggal milik kerajaan negeri menerusi Yayasan Sabah itu berjaya mengekalkan tujuan penubuhan asalnya sejak lapan tahun lepas iaitu bagi melahirkan tenaga profesional membanggakan masyarakat dan menyumbang dalam pembangunan negeri.

“Memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Petronas dan UCSF yang ditandatangan pada Oktober 2022, mengorak langkah UCSF bagi menawarkan kursus berasaskan minyak dan gas untuk melahirkan lebih ramai pelajar tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan sektor itu,” katanya.

Hajiji juga mencadangkan UCSF meluaskan programnya dengan membuka kampus mini di Tawau selaras usaha mengantarabangsakan universiti itu dalam aspek akademik dan penyelidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...