Selasa, 13 Disember 2022

Ucapan Ketua Menteri Sabah Yang di sampaikan YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G.KitinganTimbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan

YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR
KETUA MENTERI SABAHSEMPENA MAJLIS PERASMIAN KK CHRISTMAS 2022PADA 13 DISEMBER 2022(SELASA),PUKUL 7.30 MALAMDI PADANG MERDEKA. KOTA KINABALU
Disampaikan Oleh:
YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G.Kitingan
Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan
Selamat sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya
Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan salam hormatdan takzim Y.A.B Datuk Seri Panglima Haji Hajiji HajiNoor,Ketua Menteri Sabah kepada para hadirin sekalian.YAB Ketua Menteri tidak dapat hadir bersama-sama kitadalam majlis ini. Dengan ini saya telah diamanahkanuntukmewakilidanseterusnyamenyampaikanucapannya seperti berikut:
1. Pertama sekali, kita bersyukur kerana dapatberkumpul di Padang Merdeka yang penuh bersejarah iniuntuk merayakan KK Christmas pada tahun ini. Sayaingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada DewanBandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Gereja-Gereja Sabah,kerana berjaya menganjurkan perayaan ini buat kali ke-17bersama rakyat di daerah Kota Kinabalu.
2 Kerajaan negeri menghargai dan menyambut baikkomitmen dan usaha pihak penganjur yang mengadakanmajlis ini. Sesungguhnya, penganjuran acara seumpamaini dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan,toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalanganrakyat Sabah yang berbilang bangsa, kaum dan agama dinegeri ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
3. Sememangnya semangat perpaduan ini sudah lamadipraktikkan rakyat negeri ini. Malah, dalam setiapperayaan, kita meraikan tanpa mengira bangsa danagama. Justeru, saya mahu rakyat di negeri ini untukbersama-sama mengenepikan perbezaan dan fokuskepadanilaiyangmenyatukandanbukanmemecahbelahkan sesama rakyat.
4. Perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransiberagama yang kukuh di negeri ini hendaklah sama-samakita kekalkan untuk kebaikan generasi sekarang dan akandatang. Apa jua tindakan yang boleh menjejaskanperpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, hendaklah kitahindari agar agenda pembangunan yang telah dirancanguntuk meningkatkan lagi ekonomi negeri ini dapatdirealisasikan.
5. Sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kitaakan meneruskan bantuan dan peruntukan kepadaBadan-Badan Keagamaan Bukan Islam yang akanmemberi manfaat juga kepada gereja-gereja. Inilah tandadan bukti bahawa Kerajaan adalah serius dan ikhlasdalam membantu semua lapisan masyarakat tanpamengira bangsa dan agama.

Bagi tujuan itu, dalam Belanjawan 2023 Sabah,sebanyak RM54.05 juta merupakan pemberian kepadasekolah-sekolah dan perkembanganbadan-badankeagamaan bukan lslam iaitu dengan peningkatanperuntukan sebanyak RM7.05 juta pada tahun hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
7. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagimenyeru kepada seluruh rakyat untuk terus bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan kemakmuransosial dapat terus dipelihara dan dipertingkatkan bagikesejahteraan dan manfaat kita bersama.
8. Lupakanlah perkara berkaitan politik kerana sekarangadalah masa untuk kita bekerja demi rakyat dan negeri.Apa yang penting, kerjasama dan sokongan tuan-tuandan puan-puan akan menyumbang kejayaan kepadasegala dasar dan program yang sedang kita laksanakandi bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
9. Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepadaDewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Gereja-GerejaSabah, Ahli Jawatankuasa, dan semua pihak yang terlibatatas komitmen dan kerjasama menjayakan karnival ini.Saya juga ingin mengambil kesempatan untukmengucapkan selamat menyambut Hari Krismas danTahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...