Selasa, 20 Disember 2022

Isu air kg unggun Jaya menggatal dan taman seri indah

Isu air kg unggun Jaya menggatal dan taman seri indah 

: RIZAL LIMAT@ALIMAT/Penduduk Kampung Unggun Jaya>>
YB ketua menteri Sabah "...tolonglah datang tengok keluhan kami di sini. Bukan baru sekarang kami suarakan isu air seperti dorang cakap tadi tu, bukan baru sekarang. Kami sudah bertahun-tahun kami pun tidak tahu macam mana. Jadi sekarang jalan penyelesaian dia kami minta kepada pihak yang tertentu, pihak berwajipan tolonglah simpan satu tangki yang besar di sini..."
UNTUK REKOD, SERAMAI LEBIH KURANG 2,000 ORANG PENDUDUK DI KEDUA KAWASAN IAITU KAMPUNG UNGGUN JAYA DAN TAMAN SRI INDAH MENGALAMI MASALAH BEKALAN AIR YANG KRITIKAL BERMULA SEJAK AWAL TAHUN INI.
PENDUDUK DI DUA KAWASAN ITU JUGA TURUT MENDAKWA TEKANAN ANGIN YANG MELALUI METER PAIP TURUT MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENANGGUNG BIL AIR MESKIPUN TIDAK MENERIMA BEKALAN AIR DARIPADA PAIP BERKENAAN.
TAMAT.

Khamis, 15 Disember 2022

itu istimewa di Sabah ini setiap Perayaan pasti di Sambutan oleh bermacam-Macam bangsa yang ada di Sabah tiada kira malayu bajau cina dusun dan yang lain2

15hb Disember 2022 Kota Kinabalu itu istimewa di Sabah ini setiap Perayaan Pasti di Sambutan oleh bermacam-Macam  bangsa yang ada di Sabah Tiada Kira Malayu Bajau Cina Dusun Dan Yang Lain-Lain Perayaan hari Natal (Kersims) di Sambutan di padang merdeka Kota Kinabalu Sabah bermula dari hari 13hb Disember 2022 yang di sempurnakan oleh Timbalan ketua menteri II yang Berhormat Datuk Seri Panglima Jaffari G Kitingan menteri pertanian dan perkenan Sabah perayaan ini juga di Sambutan setiap tahu di padang merdeka. Semasa covid19 yang lalau semua pertanyaan tiada di buat mana-mana tempat. Pada hari ini kru kami sempat datang sendiri ke majlis perayaan Kersims yang di buat di padang merdeka Kota Kinabalu. Orang ramai pun turun hadri di padang merdeka Kota Kinabalu ini..
Inilah istimewanya di Sabah tiada kira apa perayaan saja orang-orang Sabah masti datang Ramai-Ramai. Sekian 

Rabu, 14 Disember 2022

Rizal Limat, berkata, masalah berkenaan bukan saja menjejaskan kehidupan seharian mereka, malah turut memberi kesan kepada operasi harian salah sebuah sekolah di situ.



Rizal Limat, 35, berkata, masalah berkenaan bukan saja menjejaskan kehidupan seharian mereka, malah turut memberi kesan kepada operasi harian salah sebuah sekolah di situ. Kinabalu : Masalah air di kawasan Sepanggar semakin menjadi-jadi sejak bermulanya PKP sehinggalah ke hari ini. Apakah tindakan kerajaan Negeri Sabah dan Wakil Rakyat di kawasan tersebut? Penduduk kampung kadang kala hanya mengharapkan air hujan untuk kegunaan sehari-hari. Kita faham kerana pada masa ini banyak projek pembinaan jalan di kawasan Sepanggar. Akan tetapi, kita mahu pihak berwajib mencari solusi untuk permasalahan yang dihadapi penduduk di kawasan Sepanggar secepat yang mungkin. Saya bagi pihak penduduk di kawasan Sepanggar, memohon kepada Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk menyelesaikan isu ini dengan kadar segera kerana perkara ini sangat membebankan penduduk di kawasan Sepanggar terutamanya apabila ada kesusahan seperti berlakunya kematian ataupun untuk kegunaan air bersih harian. Saya juga mengharapkan Wakil Rakyat yang baru dilantik di Parlimen Sepanggar untuk memberi perhatian dan tindakan segera terhadap isu yang sekian lama menjadi beban kepada kami semua. Jika boleh, kami sebagai penduduk Kampung Unggun ingin mengadakan pertemuan secara beramai-ramai bersama Wakil Rakyat ADUN dan Parlimen untuk membincangkan dan seterusnya mencari jalan atau alternatif lain sebagai bentuk penyelesaian awal berhubung isu yang kami hadapi ini.,

Selasa, 13 Disember 2022

Ucapan Ketua Menteri Sabah Yang di sampaikan YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G.KitinganTimbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan

YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR
KETUA MENTERI SABAHSEMPENA MAJLIS PERASMIAN KK CHRISTMAS 2022PADA 13 DISEMBER 2022(SELASA),PUKUL 7.30 MALAMDI PADANG MERDEKA. KOTA KINABALU
Disampaikan Oleh:
YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G.Kitingan
Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan
Selamat sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya
Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan salam hormatdan takzim Y.A.B Datuk Seri Panglima Haji Hajiji HajiNoor,Ketua Menteri Sabah kepada para hadirin sekalian.YAB Ketua Menteri tidak dapat hadir bersama-sama kitadalam majlis ini. Dengan ini saya telah diamanahkanuntukmewakilidanseterusnyamenyampaikanucapannya seperti berikut:
1. Pertama sekali, kita bersyukur kerana dapatberkumpul di Padang Merdeka yang penuh bersejarah iniuntuk merayakan KK Christmas pada tahun ini. Sayaingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada DewanBandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Gereja-Gereja Sabah,kerana berjaya menganjurkan perayaan ini buat kali ke-17bersama rakyat di daerah Kota Kinabalu.
2 Kerajaan negeri menghargai dan menyambut baikkomitmen dan usaha pihak penganjur yang mengadakanmajlis ini. Sesungguhnya, penganjuran acara seumpamaini dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan,toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalanganrakyat Sabah yang berbilang bangsa, kaum dan agama dinegeri ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
3. Sememangnya semangat perpaduan ini sudah lamadipraktikkan rakyat negeri ini. Malah, dalam setiapperayaan, kita meraikan tanpa mengira bangsa danagama. Justeru, saya mahu rakyat di negeri ini untukbersama-sama mengenepikan perbezaan dan fokuskepadanilaiyangmenyatukandanbukanmemecahbelahkan sesama rakyat.
4. Perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransiberagama yang kukuh di negeri ini hendaklah sama-samakita kekalkan untuk kebaikan generasi sekarang dan akandatang. Apa jua tindakan yang boleh menjejaskanperpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, hendaklah kitahindari agar agenda pembangunan yang telah dirancanguntuk meningkatkan lagi ekonomi negeri ini dapatdirealisasikan.
5. Sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kitaakan meneruskan bantuan dan peruntukan kepadaBadan-Badan Keagamaan Bukan Islam yang akanmemberi manfaat juga kepada gereja-gereja. Inilah tandadan bukti bahawa Kerajaan adalah serius dan ikhlasdalam membantu semua lapisan masyarakat tanpamengira bangsa dan agama.

Bagi tujuan itu, dalam Belanjawan 2023 Sabah,sebanyak RM54.05 juta merupakan pemberian kepadasekolah-sekolah dan perkembanganbadan-badankeagamaan bukan lslam iaitu dengan peningkatanperuntukan sebanyak RM7.05 juta pada tahun hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
7. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagimenyeru kepada seluruh rakyat untuk terus bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan kemakmuransosial dapat terus dipelihara dan dipertingkatkan bagikesejahteraan dan manfaat kita bersama.
8. Lupakanlah perkara berkaitan politik kerana sekarangadalah masa untuk kita bekerja demi rakyat dan negeri.Apa yang penting, kerjasama dan sokongan tuan-tuandan puan-puan akan menyumbang kejayaan kepadasegala dasar dan program yang sedang kita laksanakandi bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
9. Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepadaDewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Gereja-GerejaSabah, Ahli Jawatankuasa, dan semua pihak yang terlibatatas komitmen dan kerjasama menjayakan karnival ini.Saya juga ingin mengambil kesempatan untukmengucapkan selamat menyambut Hari Krismas danTahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...