Khamis, 10 November 2022

Bayaran BKM Fasa 4 Dipercepat Mulai 15 November

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BKM Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan dikreditkan lebih awal kepada penerima sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan November ini.

Ismail Sabri berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

“Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, secara keseluruhannya, sebanyak RM8 bilion telah di peruntukan untuk BKM yang memanfatkan 8.7 juta penerima bagi tahun ini.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan

Tular calon sombong, ia video lama disalahertikan: Penerangan UMNO Sepanggar

SEPANGGAR: Video tular yang dikaitkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan yang kononnya berlagak sombong tidak melayan pertanyaan seperti dihebahkan adalah tidak benar dan disongsangkan pihak tertentu.

Ketua Penerangan UMNO Sepanggar, Ibrahim Dzul Aklamat berkata, sebenarnya insiden terbabit berlaku pada tahun 29 Januari tahun lalu dan ianya berkenaan isu prasarana di Kampung Unggun Jaya, Sepanggar.

“Video tular itu bukannya berlaku dalam tempoh kempen PRU-15 ini dan ia telah dimuat naik pihak tertentu untuk memberikan gambaran salah terhadap calon BN, Datuk Yakub Khan.

“Ia perspesi songsang yang dimainkan oleh media-media pembangkang yang mahu memburukkan imej calon dan kita jelaskan apa yang berlaku, sebenarnya Yakub dan Datuk Seri Bung Moktar Radin ada membuat lawatan kerja di Kampung Unggun, pada tahun lalu.

“Sebenarnya pada lawatan itu, ada beberapa individu sedang bertanyakan kepada Datuk Bung namun Datuk Yakub meminta ia ditunda kerana mahu bertemu segera dengan penduduk setempat berkenaan masalah air di kampung berkenaan.

“Soal sombong atau herdikan tidak timbul sama sekali memandangkan ramai pegawai dan orang awam yang berada di lokasi juga menyaksikan kejadian tersebut, jadi jangan percaya berita palsu sebegini,” katanya.

Tambah beliau, apa yang penting cabaran dan fitnah seperti video tular itu tidak mematahkan semangat jentera kempen dan menyakini Yakub berada dalam landasan tepat untuk terus memenangi hati pengundi di Sepanggar.

“Jadi para pengundi Sepanggar, sila berhati-hati menerima maklumat seperti ini kerana mereka ini sentiasa mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara di kalangan penyokong dan akar umbi parti,” katanya.. 

Rabu, 9 November 2022

Peniaga mohon pemasangan bumbung di tapak pasar tani

Katanya yang sudah berniaga hampir 15 tahun di Pasar Tani Asia City itu sering berdepan masalah terutama cuaca yang tidak menentu selain kelengkapan menjual yang sudah uzur.

Reno berkata, dengan adanya pembinaan bumbung itu nanti akan dapat memudahkan lagi para peniaga menjalankan perniagaan selain keselamatan pelanggan juga dapat dijaga dengan sebaiknya.

“Justeru kami berharap agar pembinaan bumbung di tapak pasar ini akan dapat direalisasikan.  Ia bukan sahaja membantu memudahkan para peniaga tetapi ia juga mampu meningkatkan tahap keselasaan pelanggan yang datang berkunjung.

Kami penjual-penjual di Asia City, hanya satu yang kami mohon iaitu pembinaan bumbung di atas tapak pasar. Ini adalah Bandaraya Kota Kinabalu jadi sekurang-kurangnya ia dinaik taraf sedikit.

“Dengan adanya kemudahan ini, pelanggan pun tidak perlu risau untuk datang membeli ikan di gerai kami kerana mereka tidak kepanasan sekali gus memudahkan urusan,” katanya.

Seorang lagi peniaga yang ditemui, Sudin Janis, 74, berkata, beliau sudah lebih 20 tahun menjual ikan di pasar tersebut.

Beliau turut mencadangkan perkara sama dimana pembinaan bumbung itu penting kerana ia memberi kesan kepada sumber pencarian rezeki mereka.

“Saya sudah lebih 20 tahun menjual ikan di pasar ini, dan saya berharap agar tindakan sewajarnya diambil untuk membantu para peniaga di sini.

“Sekiranya berlaku hujan lebat maka kami tidak dapat mencari rezeki, kerana kami tidak dapat membuka gerai sehinggalah ia berhenti.  Saya juga memohon agar bantuan keperluan menjual seperti timbangan dan sebagainya diberikan kerana ada yang sudah uzur,” katanya.

Terdahulu, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew turut mengadakan sesi tinjauan mesra dan beramah mesra bersama rakyat di Pasar Tani Asia City, di sini hari ini.

Ketika ditemui, beliau mengambil maklum segala luahan dan cadangan yang diterima daripada para peniaga di pasar itu.

“Ada yang memberitahu mereka sudah berniaga di sini sekian lama, namun mereka sangat mahukan bumbung di bina kerana setiap pagi mereka perlu mengangkat khemah sendiri.  Mereka memberitahu saya, dengan adanya pembinaan bumbung, ia akan memudahkan urusan perniagaan mereka.

“Jadi itu yang mereka inginkan dan sudah pasti, sekiranya saya terpilih, itu yang saya ingin berikan kepada mereka, tunaikan permintaan mereka,” katanya

Selasa, 8 November 2022

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P172 Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew, menyahut baik manifesto parti yang dilihat mengambil kira pandangan serta sentimen rakyat.

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P172 Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew, menyahut baik manifesto parti yang digubal bertunjangkan 13 teras itu yang dilihat mengambil kira pandangan serta sentimen rakyat. 

Menurut Yee, dalam konteks ini, terdapat tiga teras yang beliau ingin tumpukan, pertama  usaha tuntutan ke atas hak-hak negeri Sabah daripada kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembangaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang harus diteruskan. 

“Masih banyak lagi penambahbaikan dalam konteks pembangunan dibawah semangat MA63 dan kita akan terus menuntut hak kita. Ini penting kerana Sabah sebagai salah satu rakan kongsi untuk pembentukan Malaysia dan kita akan tetap pertahankan keadilan dalam mendapatkan kemajuan dan pembangunan yang seimbang di Sabah,” katanya.

Manifesto GRS tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, selasa. 

Yee yang juga merupakan ketua informasi Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Api-Api ingin memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan menggalakkan penglibatan belia dalam arus pembangunan negara.

“Bagi mengorak langkah untuk merealisasikan Kota Kinabalu Baharu, saya ingin memastikan kaum wanita dan belia mendapat peluang yang sama dalam bidang keusahawanan dan sebagai penggubal dasar. Sudah tiba masanya untuk wanita dan belia diberikan tempat yang sepatutnya dalam memberi nilai tambah kepada komuniti dan pembangunan negara," katanya. 

Dari segi penyampaian, Yee percaya dengan menggabungkan platform yang sesuai dan pendekatan beramah mesra dengan rakyat mampu memberikan informasi yang jelas dan menyeluruh kepada pengundi di kawasan parlimen Kota Kinabalu. 

“Penyampaian yang baik dan medium yang tepat harus digunakan supaya manifesto GRS dapat difahami oleh semua orang kerana jika rakyat tidak memahami apa yang kita ingin tunaikan, bagaimana mereka hendak memilih calon yang terbaik untuk mewakili mereka nanti.

“Manifesto ini haruslah disampaikan bukan hanya melalui walkabout dan beramah mesra dengan rakyat tapi juga melalui sosial media yang saya rasa merupakan platform terbaik untuk saya mendekati pengundi belia,” katanya selepas majlis pelancaran manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) GRS.

Turut hadir pemimpin komponen GRS iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffry Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Ahad, 6 November 2022

PKDM P171 SEPANGGAR Sambutan luar Biasa pertama bermula kempen di kawasan Sepanggar ini Jumardie Lukman

PKDM P171 SEPANGGAR Sambutan luar Biasa pertama bermula kempen di kawasan Sepanggar ini 
Sambutan luar Biasa pertama bermula kempen di Sepanggar. 
PKDM Sepanggar dapat sambutan luar biasa di kawasan tersebut. Bermula kempen di kawasan Sepanggar jumardie lukman Calon Parti PKDM P171 SEPANGGAR akan membawa perubahan di kawasan Sepanggar jika mendapat mandat Dari Rakyat Parlimen Sepanggar..

Sabtu, 5 November 2022

PDRM sahkan berlaku insiden kecoh di Pusat Penamaan Calon PRU15 di Tenom - KPN

KUALA LUMPUR, 5 Nov Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom di Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, berhubung perkara berkenaan.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (Pesuruhjaya Polis) Sabah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sebuah kejadian rusuhan berlaku di Dewan DSP Antanom, Parlimen Tenom.

Kejadian difahamkan berlaku ekoran penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Datuk Peter Anthony dari parti itu, ditolak Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) yang bertugas.
Sumber :BERNAMA

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...