Rabu, 9 Mac 2022

SABAH MENCECAH 1,352 KES POSITIF COVID-19 BAHARU


9 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencecah 1,352 (+136) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes peratusan jangkitan sporadik iaitu 60.65% menunjukkan satu petanda bahawa Sabah belum sampai ke fasa stabil dan kemungkinan akan berlaku trend turun-naik secara mendadak dalam kes harian.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan kes harian Covid-19 negeri Sabah berkata sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes yang ketara di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu +81 kes, Tuaran +31 kes dan Lahad Datu +27 kes manakala hanya 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian

Berdasarkan kenyataan yang dimaklumkan, 4 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 365 kes, Penampang 119 kes, Tuaran 113 kes dan Papar 111 kes.

Sebanyak 18 daerah mencatatkan kes dua angka dan 5 daerah iaitu Kinabatangan, Kunak, Telupid, Kalabakan dan Semporna mencatatkan kes satu angka. 

Sejumlah 99.12% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 3 kes dalam Kategori 3, 7 kes dalam Kategori 4 dan 2 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...