Jumaat, 25 Mac 2022

PEMUDA SAPP GIAT PROMOSI KEBAIKAN SABAH IC

25/03/2022
"Kad pengenalan Sabah akan dibawa ke peringkat kabinet untuk dibincangkan dan dipertimbangkan" kata Ketua Menteri Sabah. Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam perbahasannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri ke - 16 pada 23 Mac 2022 telah mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk membentuk jawatankuasa di peringkat Kabinet bagi mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran Sabah IC dengan lebih teliti. Beliau berkata Sabah IC sebahagian besarnya akan dapat menangani masalah kad pengenalan meragukan ataupun palsu di Sabah yang juga dikenali "Projek IC". Yong juga merujuk kepada laporan RCI berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin, membuktikan integriti Mykad telah terjejas serta memerlukan mekanisma baharu dipanggil Sabah IC. Cadangan untuk melaksanakan Sabah IC ini telah menjadi salah satu manifesto parti SAPP sejak 2012. Selain mencadangkan usul ini ke dalam kabinet negeri, kepentingan Sabah IC juga akan dipromosikan kepada umum bagi menerangkan bukan sahaja keistimewaan tetapi juga keselamatan hak - hak rakyat Sabah akan terjaga dan terjamin. Penolong Ketua Penerangan Pemuda SAPP Tang Ting Yieng telah mengadakan satu program untuk mempromosikan Kad Pengenalan Sabah baru - baru ini yang mana turut disertai adalah pemimpin parti SAPP Sandakan iaitu Naib Pengerusi En.Yong vui Min@Jimmy Yong, Naib Pengerusi merangkap UPPM Tg. Papat En.Saiful Bahari dan Naib Pengerusi merangkap Kapitan En. Lau Chi Keong untuk menjelaskan kepada orang ramai sebab-sebab mempromosikan Sabah IC. Projek IC yang berlaku berleluasa semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri pada era 80an telah diberikan kepada warga asing kad pengenalan Malaysia dikhaskan dengan kod '12' eksklusif kepada Negeri Sabah dan ini menyebabkan hak - hak orang sabah telah terhakis dan tergugat, pada masa yang sama peruntukan ini telah melanggari undang-undang kuasa imigresen Sabah. Tang menegaskan bahawa rakyat warga asing yang statusnya diragui telah mengasimilasi kehidupan dengan rakyat Sabah yang tulen selama berdekad dengan kad pengenalan yang diragui kesahannya dan berkongsi kebajikan negara dengan rakyat sebenar. Ini menyebabkan dan mengakibatkan rakyat tempatan bersaing dari segi pekerjaan dan segala aspek keistimewaan yang patut hanya kepada rakyat Sabah yang tulen. Kad pengenalan Sabah yang diperjuangkan oleh parti SAPP sejak 2012 adalah salah satu pendekatan bagi menyelesaikan hal berkenaan dengan isu Projek IC dan memberi perlindungan dan keistimewaan hanya kepada warganegara Malaysia yang sah dan telah menetap di Sabah sekian lama. Sebaik sahaja dilaksanakan, Sabah IC hanya digunapakai bagi semua urusan rasmi di Sabah. Ini sekaligus dapat menghalang dan membezakan pemegang kad pengenalan palsu daripada menikmati keistimewaan hak negeri Sabah. Tang Ting Yieng mendedahkan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata semasa sesi penggulungan perbahasan bahawa usul Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mengenai Sabah IC dibincangkan di peringkat kabinet negeri di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 24 Mac 2022 dan menanti berita yang baik selepas perbincangan dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...