Rabu, 23 Mac 2022

PEMBAYARAN CUKAI JUALAN NEGERI DITANGGUH SEHINGGA 30 JUN


24 Mac 2022, Khamis 

KOTA KINABALU: Pembayaran Cukai Jualan Negeri (CJN) komoditi perikanan telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri bagi bulan Mei hingga Disember 2021 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.

Menurut Pembantu Menteri Kewangan II Jasni Daya berkata, keputusan berkenaan telah dimuktamadkan dan perinciannya akan diumumkan melalui notis pengumuman oleh Kementerian Kewangan kelak. 

“CJN berkenaan dikenakan ke atas syarikat yang terlibat dalam perniagaan komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah dan ia bukan dikenakan ke atas golongan nelayan.”

Katanya, kerajaan negeri sedar mana-mana cukai jualan yang dikenakan, secara lazimnya peniaga sama ada akan memilih untuk menyerap cukai itu atau peniaga memilih untuk menurunkan cukai itu kepada pihak yang lain seperti nelayan.

"Situasi seperti ini adalah di luar kawalan kerajaan negeri kerana ia berdasarkan amalan komersial iaitu 'willing seller, willing buyer'," katanya menjawab soalan Chong Chen Bin (WARISAN-Tanjong Kapor) mengenai pelaksanaan cukai eksport berkenaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

“Kutipan CJN diperkenalkan bertujuan memastikan bekalan perikanan negeri kekal mampan berikutan aduan kurangnya ikan bernilai tinggi untuk penggunaan dalam negeri.”

Tambahanya, kutipan cukai berkenaan juga dapat meningkatkan hasil negeri berikutan perbelanjaan operasi dan pembangunan negeri yang kian meningkat dari tahun ke tahun.

"Cukai-cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri digunakan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat Sabah, termasuklah golongan nelayan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...