Ahad, 27 Mac 2022

Lelaki Maut Dihempap Balak


           Gambar Hiasan

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas dihempap kayu balak ketika menjalankan kerja pembersihan di Bukit Gemok, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Arpah Irwan 30, meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stephan Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.02 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati seorang lelaki dihempap kayu balak.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Julius berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.14 petang. – HMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...