30 Mac 2022, Rabu
KOTA KINABALU: Program derma darah adalah aktiviti tahunan yang diadakan oleh IPD Kota Kinabalu pada setiap kali sambutan Hari Polis bertempat di Dewan Balai Polis Karamunsing, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, kelmarin.
Program ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan IPD Kota Kinabalu dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu.
Sehubungan itu, program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Sepanjang program ini dijalanakn, seramai 60 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Kota Kinabalu telah menghadiri ke program tersebut.
Program ini diadakan bagi menampung tabung darah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya tabung darah di Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu.
Daripada 60 orang yang hadir untuk menderma darah hanya 45 orang sahaja yang layak untuk menderma. Manakala baki seramai 15 orang telah ditolak kerana masalah kesihatan. Sepanjang program ini, sebanyak 45 pain telah berjaya dikumpulkan.
Program ini telah berjalan dengan lancar serta mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang telah ditetapkan bagi seluruh negeri Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan