Rabu, 9 Mac 2022

JAMBATAN GANTUNG KG DARAMAKON DIBAIKI, KINI SELAMAT DIGUNAKAN

10 MAC 2022

RANAU: Jambatan gantung Kampung Daramakon yang rosak akibat bencana banjir telah dibaiki dan kini selamat digunakan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, penduduk kampung boleh menggunakan jambatan itu bagi menjalankan aktiviti harian.

“Ia rosak semasa banjir sungai berikutan cuaca hujan yang berterusan pada Januari lalu,”

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan jambatan berkenaan dibaiki oleh kontraktor asal

Jambatan sepanjang 110 meter deng ketinggian 15 kaki itu merupakan satu-satunya jambatan yang menghubungkan penduduk kampung dengan tanah perkebunan/ pertanian.

Katanya, kerajaan akan terus membela nasib rakyat dan juga akan melihat serta membaiki jambatan -jambatan gantung lain yang rosak akibat bencana secara berperingkat-peringkat mengikut kedudukan peruntukan kewangan.

Dr. Joachim turut menghargai komitmen Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang memantau dan memastikan kerja-kerja pembaikan jambatan berjalan lancar.

Penduduk kampung mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Dr. Joachim terhadap masalah yang dihadapi mereka.

#BeritaSabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...