Rabu, 30 Mac 2022

IPD TAWAU BANTERAS AKTIVITI PEMBERI PINJAMAN WANG TANPA LESEN DI TAWAU


30 Mac 2022, Rabu 

TAWAU: Sepasukan Polis dari IPD Tawau melumpuhkan sindiket pemberi pinjaman tanpa lesen di sekitar Daerah Tawau. 

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, hasil daripada siasatan awal, sindiket ini beroperasi dengan modus operandi yang mengiklankan tawaran pinjaman di aplikasi media sosial seperti Facebook, WeChat dan WhatsApp

Katanya, kebanyakan mangsa atau peminjam yang berurusan dengan ahli sindiket akan dikenakan kadar faedah pinjaman yang diberikan sekitar 10 hingga 15 peratus bagi tempoh seminggu.

Sehubungan itu, mangsa yang gagal membayar pinjaman akan dihubungi oleh ahli sindiket yang akan memberikan tekanan berbentuk ugutan dan ancaman seperti mengunjungi kediaman atau tempat kerja.

"Peminjam yang tertekan dengan ancaman tersebut akan dijerat lagi dengan helah memberi pinjaman baru kepada mangsa untuk melunaskan pinjaman sedia ada."

"Dengan itu, kontrak berterusan ini akan memaksa peminjam membayar balik wang pinjamanan berlipat kali ganda" ujarnya. 

Seterusnya, suspek seorang warganegara Malaysia telah ditangkap bersama barang rampasan akan disiasat dibawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Wang Pinjam 1951. 

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda antara RM250,000 hingga RM1 juta atau penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya."

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau akan terus komited untuk membuat pemantauan dan risikan secara berterusan bagi mengesan serta mengenal pasti sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang bergerak aktif di sekitar Daerah Tawau untuk dibanteras secara habis-habisan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...