Sabtu, 5 Mac 2022

DUA BUAH KERETA BERTEMBUNG, TUJUH ORANG HAMPIR MAUT

6 MAC 2022

KUDAT: Tujuh orang hampir maut apabila dua kenderaan iaitu Toyota Fortuner dan Toyota Yaris bertembung di sekitar Jalan Kampung Lajung, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat menerima panggilan kecemasan pada jam 8.53 malam.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Sentey Bakau bergegas ke lokasi kejadian tersebut.

Berdasarkan laporan yang diberi, satu orang mangsa tersepit dalam kenderaan Toyota Yaris berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

Mangsa berkenaan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Kudat menaiki ambulans.

Sementara itu, 6 orang mangsa pula hanya mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Kudat menaiki jentera EMRS. 

Operasi ditamatkan pada jam 10.15 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...