Ahad, 13 Mac 2022

BN masih dihati rakyat, kata Bung

BN masih dihati rakyat, kata Bung
13hb Mac 2022
ULU TIRAM: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukti parti berkenaan masih relevan di hati rakyat.
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan ini memberikan semangat untuk BN terus melangkah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15
"Rakyat Johor telah membuat keputusan jelas siapa yang mereka pilih untuk mentadbir negeri melalui PRN ini semalam yang keputusan memihak kepada BN.
"Sama ada kemenangan kecil atau besar tidak penting...yang penting kehendak rakyat melalui kertas undi sudah diterjamahkanm," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kemenangan BN memenangi 40 Kerusi daripada 56 Kerusi yang dipertandingkan bukan sahaja mencerminkan kehendak rakyat Johor tapi bukti jelas BN dan UMNO masih relevan.
Katanya, DUN Johor dibubarkan adalah untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
"Hasilnya mandat baharu sudah diberikan dan perlu dihormati, jangan mengulangi perangai lama lompat sana dan lompat sini mengkhianati mandat rakyat .
"Mandat baharu yang diberikan oleh rakyat ini perlu disusuli dengan tindakan berkerja untuk rakyat dan masa ini BN perlu tunaikan janji dalam manifesto," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...