Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sambutan kali ini sudah tentu lebih meriah dan bermakna kerana tarikh sambutannya bersamaan dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Saya bersyukur melihat warga Wilayah Persekutuan sudah mula dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa walaupun masih dibelenggu pandemik COVID-19.
Golongan berpendapatan rendah seperti peniaga dan penjaja kecil sudah dapat kembali berniaga dan menjaja seperti sebelum pandemik melanda.
Terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana meneruskan segala inisiatif Prihatin Rakyat yang dipelopori oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini terutama dalam menangani isu kos sara hidup, kelangsungan hidup rakyat serta membasmi kemiskinan di Wilayah Persekutuan semasa pandemik.
Saya berharap segala inisiatif ini dapat diteruskan bagi membantu golongan terjejas teruk meneruskan kehidupan masing-masing.
Kepada seluruh rakyat Malaysia manfaatkanlah cuti umum berkembar ini dengan mengeratkan silaturahim bersama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Dalam pada kita bergembira meraikan sambutan ini, jangan sesekali kita lalai menjaga prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengelakkan bersentuhan bagi mengekang penularan COVID-19.
Selamat Manyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan