Sumbangan sebanyak RM17 ribu diluluskan Dr Jeffery, bantu projek penanaman pokok bidara.
KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffery Kitingan meluluskan peruntukan sebanyak RM17 ribu untuk projek penanaman pokok bidara yang diusahakan di daerah ini.
Beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pokok berkenaan memberikan pulangan dan manfaat kepada penduduk setempat, selain digunakan dalam perubatan tradisional.
"Tapak semaian pokok bidara mempunyai pelbagai jenis tanaman herba yang boleh merawat beberapa penyakit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan gaut," katanya semasa lawatan ke tapak semaian di sini.
Beliau juga percaya penanaman pokok herba berkenaan adalah satu usaha yang baik disamping memberikan keuntungan kepada pengusaha.
Tambahnya, adalah diharapkan sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada Puan Masdah Tablung dapat meningkatkan motivasi untuk berjaya.
Sementara itu, Datuk Musbah Jamli menemani Dr Jeffery semasa lawatan berkenaan, difahamkan Musbah telah merasmikan projek terbabit pada dua tahun yang lalu.
-tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan