Khamis, 10 Februari 2022

Pengurangan Bekalan RTK Antigen Covid-19 Diselesaikan.

TAWAU: Baru-baru ini, daerah ini telah menghadapi masalah pengurangan bekalan Kit Ujian Saringan RTK Antigen Covid-19 sejak minggu lalu, sudah diselesaikan baru-baru ini.

Menurut Ketua Cawangan Kementerian Perdangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau, Sam Aminudin berkata pihaknya telah mendapat maklumat bahawa masalah bekalan tersebut sudah sedia ada agar orang ramai boleh mendapatkannya di pasaraya utama. Selain daripada itu, sebanyak 1,400 kotak RTK Antigen telah dijual di tiga pasaraya utama sementara pihak farmasi pula masih menunggu stok yang akan datang. 

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi adalah peniaga tidak menyimpan serta membuat tempahan untuk penambahan bekalan kit sebelum ini. Tambahan pula, terdapat seorang individu membeli jumlah bekalan kit ujian saringan yang banyak sempena sambutan Tahun Baru Cina untuk melakukan saringan awal kepada tetamu yang mengunjung kediaman mereka. 

Berdasarkan pemeriksaan KPDNHEP, 78 premis di sekitar Tawau mempunyai tiada aktiviti menyembunyi barangan terkawal dilakukan dari 1 Januari lalu sehingga kelmarin. 

“Semua premis berkenaan menjual RTK Antigen pada harga kawalan, namun mereka kehabisan bekalan terutamanya Farmasi disebabkan perkara tersebut. Bagaimanapun, keadaan dijangka pulih secara berperingkat selewat-lewatnya minggu depan.” Katanya.

kekurangan bekalan ini telah dijadikan sebagai topik utama dalam kalangan penduduk Tawau yang mengakibatkan mereka bersusah-payah untuk mendapatkanya. Beberapa penduduk telah memberi pandangan mereka sepanjang masa tersebut. 

Sukardi Mashuri yang berumur 44 tahun berkata dia menyedari kekurangan stok sejak akhir bulan lalu sehingga keadaan terbabit semakin menbimbangkan awal minggu ini. Hal ini menyebabkan dia mengunjungi beberapa premis, termasuk farmasi utama untuk mendapatkan kit ujian saringan kendiri berkenaan sejak minggu lalu. Dia dimaklumkan bahawa premis kehabisan stok barangan dan sedang menunggu tempahan baharu. 

Manakala, Niena Sihan, 29 tahun, mengatakan bahawa dia terpaksa membuat tempahan RTK Antigen di farmasi bagi mendapatkan bekalan tersebut. Peningkatan kes terutamanya kluster pendidikan telah membimbangkan dan menyebabkan ramai ibu bapa perlu menjalankan saringan sendiri di rumah. Hasilnya, mereka tidak dapat berbuat demikian atas faktor tersebut. 
-TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...