Selasa, 1 Februari 2022

OPERASI BERSEPADU KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM (BAS EKSPRESS) JSPT IPK SABAH BERSAMA AGENSI LUAR .

OPERASI BERSEPADU KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM (BAS EKSPRESS) JSPT IPK SABAH BERSAMA AGENSI LUAR 
Kota Kinabalu,1 Februari 2022 ( Selasa ) - Pada 31 Januari 2022 (Isnin) sekitar jam 7 malam bertempat di Jalan Pintas Tuaran berdekatan Institut Sinaran Kota Kinabalu, satu Operasi Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas Express) telah di jalankan oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh bin Dikun. Operasi ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen, dan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan media Negeri Sabah. 
Berikut adalah jumlah saman dan tangkapan : 

1️⃣ *JUMLAH SAMAN DIKELUARKAN PDRM:*
🔹 Pol 257 - *15 Keping*
🔹Pol 170A - Nil 

1.1 *JUMLAH SAMAN JPJ 
🔹Saman : 07 Keping
🔹PG 1 : 04 Keping
🔹Notis Arah Periksa : 02 Keping 

2️⃣ *JUMLAH PECAHAN KESALAHAN : 18 Kpg*
🔹 Tiada Lesen  = 07 kpg
🔹 Perlindungan Insuran =  03 kpg
🔹 Cukai Jalan = 03 kpg
🔹 No Plet = 03 kpg
🔹 Lampu = 01 kpg
🔹 Muatan  Bahaya = 01 Kpg 

3️⃣*PECAHAN KENDERAAN DIPERIKSA : 170 BUAH*
🔹Bas Ekpress - 15 Buah
🔹Lori - 10 Buah
🔹Motokar - 53 Buah
🔹4WD - 40 Buah
🔹Van - 25 Buah
🔹Motosikal - 27 Buah 

4️⃣. *JUMLAH PECAHAN KENDERAAN YANG DISAMAN 
🔹 M/Kar : 07 Buah
🔹 M/sikal : 04 Buah
🔹 4WD: 03 Buah
🔹 MPV : 01 Buah 

5️⃣ *JUMLAH ORANG DIPERIKSA 
🔹 Lelaki = 160 Orang
🔹 Perempuan = 90 Orang 

6️⃣ *TANGKAPAN MABUK 
6.1 (01) Orang lelaki memandu kenderaan jenis lori dalam keadaan di pengaruhi alkohol. 

7️⃣ *TANGKAPAN POSITIF DADAH 
7.1 (01) Orang lelaki pemandu kenderaan Perodua Viva dan diuji Air Kencing mendapati Positif Methamphetamine 

8️⃣. *JABATAN IMIGRESEN*
8.1 Pemeriksaan terhadap penumpang bas seramai 120 orang telah dijalankan terdiri daripada 80 lelaki dan 40  perempuan. Hasil dari pemeriksaan tersebut mendapati semua mempunyai dokumen pengenalan diri. 
9️⃣. *JABATAN PENDAFTARAN NEGARA*
9.1 Pemeriksaan terhadap penumpang bas dan kenderaan seramai 70 orang telah dijalankan terdiri daripada 50 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Hasil pemeriksaan tersebut mendapati semua mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 

🔟 *JABATAN ALAM SEKITAR*
10.1 Pemeriksaan terhadap 15 buah kenderaan perdagangan (Enjin Diesel) telah dijalankan dan semua kenderaan yang diuji mematuhi peraturan. 

YDH Datuk Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah turut menyampaikan goodies kepada pengguna Jalan Raya termasuk yang menggunakan perkhidmatan Bas Ekspress untuk tujuan balik ke Kampung. Selain itu juga YDH Datuk Timbalan PJP Sabah turut memeriksa pengguna Jalan Raya terutamanya pemandu Bas Ekspress yang membuat perjalanan yang jauh terutamanya yang menuju ke daerah Pantai Timur (Sandakan / Lahad Datu / Semporna & Tawau) agar sentiasa menitikberatkan keselamatan dalam pemanduan.Disamping itu juga, YDH Datuk Timbalan PJP Sabah memberi nasihat kepada semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati terutamanya sempena sambutan Tahun Baru Cina serta menasihatkan kepada penghuni yang meninggalkan rumah untuk balik ke Kampung agar memaklumkan kepada pihak polis dan jiran berdekatan untuk tujuan keselamatan agar rumah tidak dipecah masuk.Operasi Bersepadu di musim perayaan akan terus di jalankan bersama agensi luar bagi mengesan mana-mana individu atau pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan jalanraya dan lain-lain kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...