Selasa, 8 Februari 2022

Lelaki Didakwa Menerima Rasuah RM59,000 Dipenjara Selama 11 Bulan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa atas Penerimaan wang rasuah sebanyak RM59,000 akan dijatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan mengikut Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pengurus Kanan Pengurusan Gudang dan Logistik SESB, Sufian Abdul Ghani, berumur 51 tahun, telah mengaku salah selepas membuat pengakuan kesalahan atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibaca, beliau telah menerima wang tunai sebanyak RM44,000 melalui sebuah akaun individu di Inanam Point pada 9 Mac 2017. Kemudian, akaun  telah menerima transaksi sejumlah RM5,000 daripada akaun yang sama di Karamunsing, bertarikh 16 Oktober 2017 dan seterusnya RM10,000 di Kampung Seroja Likas pada 4 Mei 2017. Hal ini demikian, rasuah ini dijadikan sebagai dorongan agar segala urusan tuntutan kerja yang telah dilakukan oleh syarikat ataupun jabatan pembekal berjalan dengan lancar.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah telah menetapkan bahawa beliau akan dihukum penjara 6 bulan bermula 6 Februari dan denda bayaran sebanyak rm220,000 atau penjara 3 bulan. Pertuduhan kedua pula akan dipenjara selama 6 bulan dan denda bayaran, RM25,000 atau penjara sebulan. Seterusnya, pertuduhan yang ketiga dikenakan penjara 6 bulan dan bayaran RM50,000 atau penjara sebulan.

Sekiranya tidak dapat membayar semua denda berkenaan, maka hukum penjara akan bertambah 5 bulan bagi tiga pertuduhan yang mengakibatkan dia untuk menjalani hukuman penjara selama 11 bulan secara serentak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom dan tertuduh tidak diwakili peguam.

-Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...