Ahad, 13 Februari 2022

Latar Belakang Mari Mari Culturel Village, Sabah

Mari Mari Cultural Village adalah satu budaya masyarakat yang menawarkan suatu gambaran sekilas tentang kehidupan dan kekayaan budaya Sabah dengan mempamerkan keunikan dan sejarah berkaitan dengan 5 kumpulan utama etnik Sabah seperti petani dan pedagang Dusun dan Rungus, pemburu dan nelayan Lundayeh, koboi dan gipsi laut Bajau, dan puak pahlawan yang terkenal dan digeruni oleh Murut.

Pameran rumah-rumah dan pakaian tradisional yang unik dan menarik akan ditunjukkan mengikut etnik masing-masing. Tambahan pula, terdapat beberapa aktiviti yang boleh diikuti seperti demonstrasi produk makanan, kraftangan dan permainan tradisional serta persembahan tarian kebudayaan.

Mengikut Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bernilai RM1.6 bilion khas untuk industri pelancongan negara, kerana ia merupakan salah satu sektor yang amat terkesan semasa pandemik melanda. Susulan dengan perkara itu, program Subsidi Upah khusus untuk sektor pelancongan serta pelbagai pembiayaan, geran ataupun geran padanan dan dana bagi membantu sektor pelancongan pulih dan hidup semula.

Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi Program Pemerkasaan Eko-pelancongan Sumber Asli Ke Arah Pembangunan Komuniti Setempat. Eko-pelancongan mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan kerana Malaysia kaya dengan tarikan-tarikan asli yang unik, seperti Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan dan Sepilok di Sabah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...