KOTA KINABALU: Terbitan AL Jazeera didakwa atas menyebarkan maklumat palsu berkenaan Perjanjian Karbon melalui “Pemberi Maklumat”. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffery G Kitingan berkata dalam artikel itu, maklumat telah diputar belit dan tidak bertanggungjawab atas tindakan tersebut.
Susulan dengan perkara itu, Al-Jazeera sepatutnya membuat siasatan yang mendalami berbanding bergantung dengan dakwaan palsu sebelum menerbit artikel tersebut.
“Individu yang jahat akan memburuk-burukkan perjanjian itu dan telah menubuhkan kumpulannya untuk mengambil alih perjanjian berkenaan.”
Pemberi maklumat telah mengekspoiltasi bekas Senator DAP Adrian Lasimbang dan menceritakan pertuduhan hasutan dan rasuah yang dikenakan terhadap Dr Jeffery.
Katanya, beliau melantik rakyat Sabah sebagai Ketua Jabatan ketika menjadi pengarah yayasan dan jawatan yang berkenaan dimonopoli oleh “Orang Malaya” sebelum ini.
Oleh kerana itu, Beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Al Jazeera dan Lasimbang serta pihak lain yang aktif menyebar maklumat palsu kepada orang awam dan pihak yang mahu mencemarkan namanya.
-tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan