Jumaat, 11 Februari 2022

Lanjukan Program B4G ke Sabah - NGO

KOTA KINABALU: Solidariti Rakyat (SORAK)  menyeru Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan program “Back For Good” (B4G) ke Sabah untuk membenarkan warga asing yang tinggal lebih masa pulang ke negara asal masing-masing.

Pengerusinya, Jamain Sarudin berkata, program B4G mungkin menyediakan alternatif menarik bagi warga asing tanpa izin, termasuk mereka yang tinggal lebih daripada 30 tahun, untuk pulang ke negara asal mereka dengan selamat tanpa takut akan dipenjarakan atau dirotan.

“Pelaksanaan B4G adalah satu kejayaan di Semenanjung dalam mengurangkan populasi haram, dan dialu-alukan untuk diperluaskan ke sini.

“Semasa proses di bawah B4G, data boleh dikumpul, yang akan lebih berkesan daripada mengeluarkan Kad Pengenalan Khas.

“Sebaik pulang ke negara asal, mereka yang menyertai B4G boleh memilih untuk memohon pasport dari negara asal mereka dan memasuki Sabah melalui saluran imigresen yang betul (atau, dalam erti kata lain, regularisasi),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Program penyelarasan itu dilaksanakan dua kali, iaitu semasa Datuk Seri Yong Teck Lee dan Tan Sri Chong Kah Kiat memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.

“Undang-undang yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada mereka yang enggan mengambil bahagian dalam B4G dan mereka yang akan mengulangi jenayah yang sama.

“Akta Imigresen 1959/63 dan akta passport 1966 perlu dikuatkuasakan sepenuhnya terhadap penceroboh negara” tegas Jamain.

Beliau berkata, langkah untuk memberi dokumen dan membenarkan pendatang tanpa izin tinggal melanggar undang-undang sedia ada dan mengancam kedaulatan negara ini, selain mengikis hak Orang Asal Sabah.

“Perang saudara di Filipina sudah lama berakhir, sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke tanah air,” katanya.

SORAK telah menganjurkan pelbagai Black Sunday berhubung isu kedaulatan Sabah, sejak 2010, termasuk satu bantahan terhadap Pas Sementara Sabah (PSS) yang diadakan di Membakut semasa Plihan Raya Kecil (PRK).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...