Ahad, 20 Februari 2022

KOTA KINABALU: Seramai 4,107 pesakit COVID-19 telah sembuh pada 20 Februari 2022 menjadikan jumlah kumulatif 259,760 orang.


KOTA KINABALU: Seramai 4,107 pesakit COVID-19 telah sembuh pada 20 Februari 2022 menjadikan jumlah kumulatif 259,760 orang. 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun terdapat empat kes kematian dilaporkan.
"Masing-masing berlaku di daerah Ranau, Lahad Datu, Keningau dan Beaufort. 
"Manakala 2,919 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,420 orang di hospital, 1,272 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 226 orang di Pusat Tahanan Sementara atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 67 orang merangkumi 45 di Unit Rawatan Rapi serta 22 di open ward.
Katanya, seramai 33 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 83 orang.
Dalam pada itu katanya, sebanyak lima kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia di seluruh Sabah.
Katanya, antara kesalahan adalah seramai empat orang gagal memakai pelitup muka dan seorang menjalankan aktiviti melebih masa ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...