Jumaat, 18 Februari 2022

Ebit Lew mengaku tidak salah atas didakwa 11 pertuduhan gangguan seksual

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, yang berusia 37 tahun mengaku tidak salah terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual ketika bertiba serta ditemani oleh sekumpulan individu di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi tadi.

Mengikut sumber yang dilaporkan, Ebit didakwa atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani. 

Mahkamah telah menetapkan tarikh penyerahan dokumen pada 20 sehingga 23 April depan dan tarikh perbicaraan pada bulan Jun depan.

Pendakwaan dilakukan dengan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Azreen Yas Mohamad Ramli manakala Ebit diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1000 bagi setiap pertuduhan tersebut.  

Ebit berkata dia tidak bersalah dan yakin bahawa tuduhan ini dirancangkan oleh ramai orang untuk tujuan cuba menganggu kerja-kerja amal serta menjatuhkan kredibilitinya.

"Saya melihat pertuduhan ini sebagai tidak berasas dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu”

Katanya, beliau menganggap perkara ini sebagai ujian daripada Allah SWT dan bertujuan untuk mengampunkan dosa, beri pahala dan menaikkan darjat. 

"Memang setiap kali terkena ujian kita rasa berat, tapi saya dari dulu belajar, kita kena berdoa dan jangan bersedih kerana ujian yang datang itu adalah satu sunnahtullah." katanya ketika ditemui media selepas prosiding. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...