Isnin, 21 Februari 2022

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Dato Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) sebentar tadi di Menara Kinabalu.

Kota Kinabalu,. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Dato Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) sebentar tadi di Menara Kinabalu. 

Kunjungan ini memberi ruang kepada kami untuk membahaskan beberapa perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kepentingan serta kedudukan Sabah bagi memastikan Sabah dan rakyat negeri ini mendapat hasil perkongsian yang selaras dengan sumbangan negeri ini kepada kerajaan di peringkat persekutuan.
Kita sangat menghargai komitmen yang dipamerkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pembangunan Sabah khususnya dalam memastikan hak-hak rakyat negeri ini sentiasa terpelihara selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketua Menteri harap hak-hak rakyat Sabah akan sentiasa terjamin dan akan menjadi fokus utama Kerajaan Persekutuan yang perlu ditunaikan.

#SabahMajuJaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...