Khamis, 29 September 2022

Masalah air di kawasan Sepanggar makin Teruk Dari Tahun lalu Rizal Limat

Rizal Limat, 35, berkata, masalah berkenaan bukan saja menjejaskan kehidupan seharian mereka, malah turut memberi kesan kepada operasi harian salah sebuah sekolah di situ.
“Kami beberapa kali mengadu kepada JANS, namun sehingga kini belum ada penyelesaian dilakukan, apa yang kami dapat hanyalah alasan demi alasan yang diberikan.

“Penduduk di sini begitu menderita, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber air, termasuklah turun ke sungai untuk mengangkat air,” katanya.

Rizal berkata, antara alasan yang diberikan pihak JANS sebelum ini termasuk pam air rosak, tiada tangki dan kekurangan bekalan air di kawasan Sepanggar.

“Memang kita faham, pembangunan di Sepanggar ini begitu pesat dengan wujudnya banyak perumahan-perumahan dan mungkin juga bekalan air berkurangan.

“Tetapi sampai bila masalah ini terus berlarutan? Sebelum ini tidak jadi sampai macam ini, kenapa sekarang ianya semakin teruk?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada pihak berkaitan termasuklah kerajaan negeri supaya mengambil perhatia

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...